total pages view~

Sunday 22 December 2013

T_T

Assalamualaikum...

Lama dah tak update blog.
Seriously tak tahu nak tulis apa.
But today, i have something to share!
Hehehe..

I watched a movie. Korean movie actually.
"MIRACLE IN CELL NO 7"

This is not the latest movie but you guys are not going to regret after watching it.
It is a movie about this poor father living with his young daughter.
Ayah dia ni macam tak berapa nak betul la.
Bukan gila tapi more to macam terencat..
Haaaaa...finally i found the word.
Terencat akal.
Tapi anak dia seriously bijak.

I was about to write the whole story here tapi nanti macam tak best pulak.
So, why don't you guys watch it in youtube?
Hehehe.

Movie ni memang kena sediakan tisu banyak2.
I was crying like every minute.
Dah lama tak menangis tengok movie.
Last time nangis tengok movie cerita Parental Guidance.
Tu dah lama tu..
Nak bandingkan dengan cerita Parental Guidance, i think this korean movie is much much better!
Yeah. In terms of making people crying like a baby.
Seriously.
Aku rasa kalau ajak ibu tengok cerita ni memang basah lengan baju.
Tak pun basah baju yang ibu tengah lipat.
Hehehehe..

I watched this movie alone.
In my room.
Malu kot nangis depan2.
Bengkak mata ni haaa...adehh..
Tapi I told my housemate about this movie, so dah tak jadi lah nak simpan rahsia
melalak dalam bilik..
Heee..


see those guys kat belakang tu?
itu semua kira macam prisoners lain yang dalam cell no 7 nie.
Memang sangat baik. 
Dia orang yang tolong laki terencat ni (Lee Yong Gu) bawakkan anak dia (Yesung)
masuk dalam cell ni.


tengok budak ni nangis je dah buat aku nangis tak berhenti. 


Ni link for those who wanna watch this movie.
just click it.
enjoy the movie yaw!

Miracle In Cell No 7


Wednesday 27 November 2013

My...My...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu kedua posting Surgery.
Yuhu...!!
Seriously tak tahu nak rasa excited ke apa sebab still rindu dengan O&G posting.
Rindu nak clerk ibu2 yang tengah pregnant.
Nak clerk dia orang ni tersangatlah senang sebab most of them akan bagi kerjasama yang sangat
tip top!
Sekarang ni dah masuk Surgical posting of course lah ada patient laki kan?
Nak clerk seorang patient pun takut sebab rasa lain sangat.
Memang kena berteman. Selalunya 3 orang clerk seorang patient.
Hahahaha..nampak tak betapa penakutnya aku.

Ward round?
Hahaha..yang ini aku tak tahu la..sebab supervisor aku memang suruh kita orang ikut round
pagi dengan petang.
Supposedly pagi tu untuk final year students je and petang untuk 3rd year ni la..
Tapi kita orang ni special case!
Dr nak tengok kita orang for each round.
Dah takde beza dah dengan zaman-zaman O&G dulu..
Hehehehe..
Cuma round untuk surgical posting ni sekejap je sebab ikut team.
Aku team Colorectal, so masa round tu memang tengok case colorectal je la.
Tu yang sekejap giler tu.
Tapi memang banyak belajar la sebab Dr aku tu memang suka mengajar.
Seronok! Seriously!

Setakat ni aku paling suka masa Clinic Session la.
Sebab Dr memang akan buat teaching secara tak langsung for each patient yang datang jumpa dia.
Seronok..!
Bukan senang kot nak dapat Dr yang willingly nak ajar kita masa clinic.
Mana taknya, dah la patient ramai..lepas tu nak melayan kita orang lagi..
Pergh...tabik spring la dekat Dr aku ni!!!
Hahahaha.
Masa clinic session ni la kita orang boleh buat per rectal examination dengan proctoscopy.
Free je dapat sign dari Dr. Huhuhu..
Memang sangat3 bertuahlah sebab dapat team colorectal ni.
Boleh masuk scope clinic bila2 je kita orang nak.
Ya Allah...seriously best!

AHAAA..!!!
Hari tu aku tengok registrar dari team kita orang buat procedure chest tube insertion.
Seronok ni nak tengok.
Boleh penuhkan logbook sekali...ye tak?
Hahaha...
Tapi...........................................
Aku tak tengok sampai habis pun sebab collapsed dalam ward.
Seriously maluu..!
Nasib baik bukan dekat tengah2 ward tu.
Collaped dalam bilik tutor.
Masa tengah tengok tu aku memang dah rasa pelik.
Perut rasa tak sedap. Mual2..
Nak cakap gastric, rasanya aku dah sahur siap2 dah pukul 5am hari tu.
Mata aku dah kabur..cepat2 aku pergi duduk dekat sofa.
Ingatkan sebab lama berdiri, so darah tak naik sampai kepala..
Tu yang ingatkan bila duduk tu bolehlah hilang rasa nak muntah semua tu..
Tapi still tak hilang. Makin rasa nak muntah adalah.
Mata aku memang dah tak nampak apa.

Terpaksalah aku jalan cepat2 pergi bilik tutor bila dah rasa boleh nampak jalan. (perasan!)
Sebab masa duduk dekat sofa tu aku dah dapat rasa ni mesti nak pitam sat lagi ni.
Baik pergi bilik tutor dulu..
Nanti kalau pengsan dekat sofa tu lagi malu.
Bukan main ramai lagi Dr dekat situ.
Tak pasal2 dapat bed dekat surgical ward tu. Dah lah memang banyak bed kosong.
On the way ke bilik tutor tu memang aku dah langgar dua tiga orang.
Maaf!!!!
Saya tak nampak.
Sampai je bilik tutor, aku terus capai kerusi.
Then...

GEDEBUKKK..!!!!

Sedar2 je, tudung aku dah hilang ke mana.
Bukak mata aku nampak ada orang sibuk mengipas aku.
Aku dah pelik kat situ.
Ni pehal ni sibuk mengipas aku ni..? Mana tudung aku ni..?
Ya Allah...seriously malu gila.
Nasib baik takda budak laki dalam bilik tu.
Malu nya lah....
Terpaksalah aku batalkan puasa aku hari tu.
Adehh..
Ni semua sebab tak makan sejak pukul 3pm semalamnya.
Sebab takde selera.
Ingatkan bila dah sahur boleh lah kot nak tahan sampai maghrib.
Tak boleh rupanya.

Habis satu posting tahu aku collapsed hari tu.
Malu ye jugak.
Lawak pun ye jugak.
Adehh...


Thursday 14 November 2013

Oh Ulcer!

Assalamualaikum..

Seminggu duduk rumah kali ni memang aku jarang minum air.
Menghabiskan masa dengan mengunyah coklat-coklat yang ada dalam fridge.
Kadang-kadang dalam sehari tu aku boleh habiskan 2 ke 3 coklat Cabury yang size besar tu.
Hahahaha.
Dah memang dasar hantu coklat. Memang tak boleh nak berhenti la.
Balik rumah, benda pertama aku cari. Coklat Cadbury.
Alhamdulillah ibu memang sangat memahami anak perempuan dia yang sorang ni memang
hantu coklat.
Tiap kali balik je memang dah ada stock coklat dalam fridge.

Disebabkan kurang minum air, best friend yang dah lama aku tinggalkan dulu kini datang kembali.
Rindu katanya. Okay. That's weird sebab dia ni bukan homo sapien macam aku.
Cik Ulcer datang melawat.
Menyampah aku la 'tetamu' datang tak diundang ni. (okay. aku dah terikut cara cik liza membebel.)
Kali ni sikit punya besar dia singgah dekat pangkal lidah aku.

Terpaksa aku menahan nafsu makan sejak Isnin hari tu.
Makan bubur je.
Aku memang tak pernah makan bubur sejak form 4.
Sejak McDonald kena banned.
Sebab banyak2 bubur, aku cuma makan bubur ayam McD je..
Sedih gila hidup.

Tapi boleh tahan jugak la bubur kat kafe kolej ni.
Cuma tak pedas.
So, aku pergi la beli sambal sotong. Gatal sangat nak beli.
Pergh...terliur aku tengok. Padahal tengah puasa hari tu.
Puasa pun sebab bukannya aku boleh makan sedap-sedap pun waktu lunch.
Silap2 minum susu kotak je.
Baik puasa kan?
Dapat jugak pahala.. heee

Bukak puasa dengan bubur plus sambal sotong.
Gaul sambal dalam bubur sampai sebati. Memang kecur aku tengok bubur tu.
Masuk je mulut.........mak aihhh...nak menangis aku.
Sakit gila....
Ni sakit tahap gaban ni.. Dah aku kemam je bubur tu dalam mulut.
Nak telan ke tak nak?
Telan nanti lagi sakit sebab lidah tu confirm2 la berlaga dengan gigi.
Adehh..
Mengenangkan perut yg dah berkeroncong dari subuh tadi, aku telan jugak.
Sakit yang tak terkata .T_T
Agak-agak dalam 40 minit jugak la aku nak menghabiskan semangkuk bubur tu.
Nak buang sayang.
Kalau kat rumah, tak habis boleh bagi ayam2 itik2 kat belakang rumah tu makan.
Takdelah terasa membazir sangat.

Isnin makan bubur.
Selasa pun makan bubur.
Rabu tak puasa sebab tak tahan sangat. Pergi beli Bonjela kat farmasi.
Sebelum ni memang tak pernah pakai ubat tu sebab aku tahu ubat tu pedih.
Ayah selalu offer ubat tu bila cik ulcer ni datang tapi memang aku tak nak pakai.
Tapi kali ni aku nekad. Aku nak cik ulcer ni pi jauh-jauh.
Sebab aku rindu nak makan pedas-pedas. T_T

Nasib baik lah sakit tu hilang kejap masa exam shortcase hari selasa tu.
Alhamdulillah....
Kalau tak..tak tau la macam mana nak buat running commentary waktu buat physical examination.
Silap2 comment on findings sambil menangis. Kesian patient. Dah la tengah sakit contraction, silap2 terkeluar baby dia tengok aku menangis dekat situ.
Hahahaha..
Tapi bila habis je shortcase, sakit tu datang balik.
Haihh...sabar je lah..

My true friend for this time being. heh



Family Planning

Assalamualaikum.....

Bila dah masuk posting O&G ni memang tak sah la kalau tak belajar pasal contraception.
Masa pre-clinical dulu, topik Contraception la yang paling aku tak suka.
Seriously, banyaaakkk gila drugs nak kena ingat.
Dalam otak aku dah set siap2, lecture note Contraception ni paling last aku baca untuk exam nanti.
Hehehehehe..
Bukan aku tak cuba nak faham masa lecture, tapi memang tak boleh nak masuk langsung.
Adehh...
Aku rasa Dr Isa dah bagi lecture dengan cara yang paling best, tapi still otak aku tak boleh nak digest.
T_T

Bila dah masuk clinical year ni, lagi2 posting O&G memang terpaksalah aku menghadap lagi topik ni.
Nak tak nak kena belajar jugak.
Macam mana?
Study group.
Alhamdulillah...sangat2 membantu lagi-lagi orang yang present tu sangat pandai explain each of the drugs and contraceptive menthods.
Thanks to Pak Lah.
Hehehehe.
Nope. He is not that 'PAK LAH'.. Ni 'Pak Lah' versi medical school punya.
Hahahaah..

Nota2 dia sangat best. Siap lukis gambar lagi. Ni yang buat aku rasa nak upgrade lagi nota2 aku yang mendatang nanti.
Ditambahkan lagi dengan lecture by Prof Harlina, bertambah paham aku pasal topik ni.
Thanks to Prof sebab bagi lecture yang sangat2 santai.
Alhamdulillah sebab Allah izinkan aku untuk digest benda nie.. :')

So, bila dah belajar...mesti lah nak kena praktikkan, betul tak?
Mangsa aku tak lain tak bukan...ibuku yang tercinta!!!
Hehehe..
Sebab aku yakin ibu banyak pengalaman setelah melahirkan 5 orang anak yang sangat lah hyperactive.
Kecuali aku. Heee.. (Perasan lebih)

1991 - Ibu & ayah get married

1992 - Baby girl (Me lah..)
1993 - Baby boy (Zulhilmi aka Hantoo)
1994 - Baby boy (Zuhaily aka Uda)
1996 - Baby boy (Zuhairi aka Achik)
2003 - Baby girl (Athirah)

You see, jarak between me and Hantoo setahun je. Then, between Hantoo dengan Uda pun setahun jugak.
Hurm....these make me think...
Prof Har cakap, supposedly, good family planning kena spacing dua tahun.
Sebab?
Sebab, kebanyakan second child yang born a year after the first child akan mengalami "Second Child Syndrome" .
Syndrome ni sebenarnya happened sebab most of the first-time parents are not ready yet for the second child.
Yelah...anak sulung baru setahun, tak hilang lagi penat berjaga malam nak bagi susu bagai tiba-tiba
dapat tahu pregnant for the second time.
Tak ke haru tu?
Tapi rezeki Allah yang bagi kan..
We people can always plan our future but Allah will decide the best for us.
Yup. No doubt.

Some parents memang plan nak ada anak every year and it is okay with me sebab I'm pretty sure yang this second child will be loved by the parents wholeheartedly.
Tapi kalau yang tak plan to have another child for the time being macam mana pulak?
Kesian budak tu kan..
I've been seeing this kind of parents dalam ward.
Nak breastfeed pun macam nak tak nak je.
Kesian budak tu...
That's why....kita kena plan.

Back to my family.
So, what i did was i called my ibu to ask her about this matter.
Ceh, bunyi macam serius mengalahkan masalah minyak naik harga pulak..hahaha.
Memandangkan ibu pun bekerja dalam bidang2 kesihatan ni, lagi senang la perbualan aku dengan ibu.

Hasilnya?
Hurm....ibu cakap arwah nenek aku sebelah ayah yang tak bagi plan.
Arwah nenek cakap, bersalin lah banyak2.
Biar ramai anak.

Then, i asked ibu this "Amy (Hantoo) tu ada second child syndrome tak ibu?" I was curious at that time. Dah lah berborak sambil memanjat tangga yang gila banyak tu.
Dah tercungap2 aku cari oxygen.
Ibu gelak je. Ceh! I was hoping to hear "Ada lah sikit.." Hahahahahaha.
Kejam gila kakak dia.
Then ibu cerita lagi, lepas give birth to Uda, ibu ada pakai IUCD.
Waaahhh...!!
Baru ku tahu. Makin seronok 'perbincangan' aku dengan ibu sebab aku faham apa yang kiterang bincangkan.
Boleh menambahkan kefahaman dalam otak nie.
Hehehehe..

Then how about athirah?
Yang aku tahu..Athirah tu memang unexpected baby but wanted la kan.
Sebab arwah nenek kesian tengok aku sorang-sorang anak perempuan dalam family.
Masa ibu dengan ayah buat haji dengan arwah atuk & nenek, ibu ada cerita yang
arwah nenek berdoa depan Kaabah mintak ibu pregnant anak perempuan.
Biar aku ada kawan.. :')
Terharu aku.. :')

Athirah pun lahir..well, she is the only child in our family yang lahir dekat JB.
4 of us lahir dekat Muar okay...
Memang adalah keserasian antara aku dengan Muar ni.
Heheheeh..
So?
Tercapai ke hasrat arwah nenek? Biar aku ada kawan?
Hurm..aku pun tak tahu..
Sebab jarak aku dengan Athirah 11 tahun kot.
Aku lah yang kena tukar pampers dia. Bagi makan. Mandikan.
Sebab ibu kerja. So, aku lah yang jadi baby sitter dia.
Bila dah besar sikit ni..
Nak ajak dia hopping pun kurasakan malas. Dia bukannya tahu apa yang aku suka kan?
Tapi kalau bab2 drama & artis2 memang aku jadikan dia sebagai tempat aku bercerita.
Aku suka ajak dia tengok video2 KPOP.
Hahahaha..
Seriously, aku bagi pengaruh buruk kat dia. Heh.
Dulu, aku yang selalu ajak dia tengok Running Man dekat astro.
Siap ajar dia lagi macam mana nak rekod dalam astro tu.
Hahaahaha..
Sekarang ni aku dah malas nak layan, dia yang layan sorang-sorang.
Hehehehehe..

Sekarang?
Alhamdulillah....makin sihat aku tengok adik aku yang seorang ni.
Infact, she is much bigger than me now.
Aku segan nak bergambar dengan dia sebab we are about the same height.
Cuma saiz badan je yang beza.
Aku ni nama je anak sulung, tapi I'm the smallest in my family.
I was told yang aku dilahirkan IUGR.
Intrauterine Growth Restriction.
Sebab ibu was having hyperemesis gravidarum atau nama lainnya morning sickness yang sangat teruk.
Yelah...dah sampai 8 bulan pregnant pun still muntah2 lagi.
Kesian ibu.
Ayah pernah cerita, masa ibu pregnantkan aku, ibu suka makan piza.
Tu yang sekarang ni aku suka gila piza. Hehehe..
Berat aku masa lahir 2.1 kg je. Dah sama saiz dengan botol kicap. Itu ayah yang cakap.
Hehehehehe..
Aku kadang2 suruh Athirah dukung aku dari hall ke dapur.
Sengaja menguji kenaikan berat badan selain menggunakan penimbang.
Kalau dia tak boleh nak dukung tu maknanya aku dah gemuk la tu..

Ni 3 ekor budak laki. left; Uda, Hantoo, Achik.

Uda. Orang cakap muka ala2 remy ishak. tang mana entah aku pun tak tahu.

Achik. Sorry bro. Aku curik kat fb kau. Hee

Athirah in black jubah. This is the latest pic of her that i curik from fb.


Latest pic of Uda (middle). Also curik form his account. 


Friday 18 October 2013

Aidiladha ^_^

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlalu lambat kot nak ucapkan Salam Aidiladha.
Maaf zahir & batin..

Kali ni aku beraya dekat KL. Tak balik Muar pun.
Sebab?
Department O&G tak bagi cuti lebih2. Cukuplah sehari tu cuti.
Hahaha..
Sadis jugak sebenarnya bila dapat tahu department tak bagi cuti macam department Surgery,
Internal Medicine dengan JKM.
Tapi, at the same time aku rasa macam special sikit.
Sebab tak semua boleh terima kenyataan tak boleh beraya dekat kampung.
Hehehe.
Alhamdulillah sebab aku tak meroyan kat Cheras ni.
Mungkin sebab aku bukan jenis yang nak beraya sakan.
Mungkin sebab aku tahu kalau time raya je kena jumpa sepupu sepapat sana which i don't really enjoy it.
Itulah masalahnya.
Aku tak suka berada dekat tempat-tempat yang ramai orang. Lagi-lagi kalau orang kenal aku.
Janganlah...

So?
Pengalaman beraya dekat kolej tercinta ni?
Boleh tahan la even takde ketupat , rendang dengan sayur lodeh di pagi raya.
Takpe!
Aku tak kisah benda tu semua as long as tak beraya dekat wad merah..
Hehehehe..

Pagi-pagi tu dalam pukul 8am, kami ke Surau Al-Mustaqimah.
Hurm...frankly speaking ni first time aku solat Aidiladha..selalunya solat Aidilfirti je bila dekat kampung.
Sebab?
Takkk tahuu lerr..
So, for sure la aku excited nak gi solat ni kan.
Pagi tu memang aku tak plan nak pakai baju kurung pun.
Aku pakai blaus dengan skirt labuh.
Hahah..sengaja cari pasal la tu.
Warna hitam pulak tu. Nasib baik tudung warne pink..

Pagi tu masa on the way ke surau, Liza tanya aku "Berkabung ke Fana?"

Hahaha...aku gelak je la..
Tak terasa nak pakai baju kurung hari tu.

On the way ke surau.

Baru aku tahu hari tu macam mana nak solat aidiladha..perghhh..
Dah tua macam ni pun tak tahu lagi..maluuu..!
So, ada hikmah la kan aku beraya dekat Cheras ni.
Kalau aku beraya dekat kampung, belum tentu hati ni tergerak nak ikut solat..
Alhamdulillah..

Lepas solat, ingat nak tengok lembu-lembu kena sembelih dekat kolej,
tapi sampai-sampai je tengok lembu-lembu semua dah tumbang dah.
Adehh..melepas..hahaha
So, after that, cari makan laaa...
Hehehe..

Aku sanggup drive ke KL semata-mata nak cari makan.
At last, makan dekat Chicken Rice Shop dekat Festival City.
Ambik kau..jauh aku drive. Hahaha..

Aku tak berapa nak suka nasi ayam dia sebab tak kena dengan selera aku.
So, aku order Kari Laksa.. Hurm..okay la kot sebab aku memang tak pernah makan kari laksa sebelum ni.
Dalam pukul 1pm tu baru kami gerak balik Cheras.
Babai KL..!

Petang tu entah kenapa terajin pulak nak ke ward.
Ambik kau...
Ramai gila pelawat! Semua berbaju melayu dengan sampin bagai..
Fuhh...boleh tahan jugak ni.
Ada Dr houseman nampak kami dekat ward.
Dia tanya " Kenapa you guys rajin sangat datang ward ni..?"
Kami sengih je la..
Hahaha.
Lepas maghrib baru nampak muka2 students..
Tu memang dah kebiasaan la nampak student malam-malam.

So, lepas ni bila waktu cuti tu jangan datang ward.
Datang labour room je la kot..
Hehehe..

Ni malam raya ni. Shoping dekat Sogo. Haha!

Snap lagi lepas solat. :)

Makan time..! Ok, muka aku sangat pelik.








Saturday 5 October 2013

Malaysia Book Of Records

Assalamualaikum..

Semalam aku ke UKM Bangi sebab ada Senam Tari 1 Malaysia.
Senam tari ni dia buat 36 jam tanpa henti sempena Malaysia Book Of Record ni la.
Cool kan?
Hehehe.



Senam tari mula 5 oktober. Habis 6 oktober.
From what i know, senam tari ni start around 8.30am yesterday.
Semua kolej hantar wakil.
Termasuklah kolej aku sekarang ni. Kolej Tun Dr Ismail.
Kami ada 120 students yang join and divided into 6 groups.
Each group akan perform on stage for about 30 minutes.
KTDI punya turn started at 1.30am from group A.
Aku punya group B, started at 2.30am sebab in between tu ada group from other college yang akan perform.

Masa mula2 dapat tahu yang kami akan perform around THAT hour, aku rasa macam nak pengsan.
Huhuhu..mengenangkan waktu tidur ku..!
Kami ke UKM Bangi tu pakai kereta kawan.
Sebab kalau naik bas dengan students lain, kena stay sana sampai 8.30am sebab group F perform during that hour.
Tak nak aku menunggu kat sana.
Baik balik. Tidur.

Masa perform tu kena pakai baju yang dia bagi..
Warna biru which aku memang tak suka color biru.
Tapi pakai je la..
Nak seragam katanya.
Memang ada banyak la booth dekat luar dewan tu.
Ada coffee corner. Hahahaha..cool gila!
Free of charge pulak tu.
Tapi aku tak ambil, minum sikit dari kawan punya.
Sebab kalau minum coffee, memang aku kerap ke toilet la..
Sebab increase of micturition.
Hehehehe..
Tak nak aku nanti in the middle of performing tu tiba2 nak ke toilet.

Lepas habis perform, kami kena tandatangan satu buku then ambil sijil.
Lepas tu.
Terus cabut balik kolej. Hehehe..

Dekat foyer DECTAR. From left; Zati, Farah, Me

Medical students yang join senam tari.

Gambar ni snap pukul 4am. Baru sampai kolej. HAHA




On-Call!

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Sebab sejak start real posting ni memang asyik duduk dalam wad dari pagi sampai ke petang.
Then, malam sampai pukul 10pm.
Tak kisah la ada patient ke tidak dekat bed yang aku kena cover tapi sehari
kalau tak pergi wad rasa macam tak betul.
Hati rasa resah semacam.
Hehehe..

Second week posting dah dapat jadual on-call.
Masa mula2 aku dapat jadual on-call tu rasa berat hati sesangat.
Sebabnya...
#1 : dalam group tu aku takda kawan. (alasan)
#2 : on-call aku ada yang kena hari sabtu. (aiseh..)

Tapi bila dah sekali pergi on-call kat labour room, memang aku nak pergi hari2.
Hahahaha..
Seronok la duduk lama2 dalam labour room tu.
Tengok baby yang fresh. Wangi~~~
Macam-macam ragam la dalam labour room tu.

Tapi setakat ni aku pergi, patient yang aku jaga tu tak banyak kerenah.
Alhamdulillah...
Waktu contractions takde pulak terjerit2 macam dalam drama yang aku selalu tengok tu.
Hahahaa..
Drama la katakan...
Jauh sangat beza dengan realiti.
Laju je baby keluar.

Masa first time aku tengok normal delivery tu, memang sebak gila..!
Sebak bila tengok baby tu keluar senang je.
Patient tu ucap "Allahuakbar..masya Allah.." lepas baby tu keluar.
Ya Allah....rasa nak menangis time tu jugak.
Tapi for sure la kena cover, nanti ada yang kena marah dengan midwife nanti.
Hahaha..
Waktu yang paling aku rasa bahagia sangat bila aku cover bed waktu malam dekat wad.

Aku tengah buat TPR round masa tu dengan kawan2 lain.
TPR round tu kita kena amek patient punya blood pressure, pulse rate dengan temperature.
Bila tiba dekat katil patient yang aku jaga kat labour room tu macam biasa la..
Introduce then tanyalah sihat ke tidak..
Aku memang tak expect yang patient tu akan ingat aku.
Yela..punyalah ramai medical students dalam wad. Tak masuk yang final year punya lagi..
Memang ramai..
Tapi lain pulak jadinya..
Patient tu cakap " Farhana yang teman akak dalam labour room siang tadi kan?"
Aku senyum sampai ke telinga masa tu..
Hahahaha...!!
Suka! Suka! Suka!
Aku cakap " A'ah..saya dengan akak siang tadi. Saya tengok akak bersalin.."
Patient : Akak tak tahu macam mana akak boleh survive dalam labour room tadi.. (senyum)

Bahagia bukan main masa tu.. hehehehe..
Seronok tau bila orang ingat kita.
Perasaan tu jadi lain.
Then next patient pun sama jugak.
Dia ingat aku even aku tak sempat nak teman dia sampai dia bersalin.
Sebab masa tu dah maghrib, aku kena bersiap lagi sebab ada meeting.
Seronok patient tu bercerita macam mana dia bersalin.
Aku pun seronok dengar.
Bahagia lagii...!!!

Lepas ni nak try masuk operation theater pulak la.
Nak tengok cesarean  section.
:)



Saturday 21 September 2013

Hari Interaksi and...

Assalamualaikum..

Actually, i just got back from KTSN.
Yup..we had a dinner actually there for the medical students.
Aku datang sebab adik buddy pujuk datang.
Rindu katanya...hehehe..
And I can meet my brother too. Kiranya sambil menyelam minum air laa..

Me and my bro. Yeah, he is much taller than me.


After reciting doa and enjoying our meals, first year medical students kena cari buddy masing2.
Each of them ada dapat satu belon, and inside that balloon ada gambar buddy diaorang.
Masa aku mula2 dengar instruction dari MC tu, aku rasa bengang pulak.
Kesian budak first year.
First year students kena cari buddy diaorang (second year students) within about 3 minutes.
Within 3 minutes tu ada lagu yang dimainkan. So, once the song stopped, kira failed la for those yang tak dapat jumpa buddy.
Kejam tak?
Mungkin aku takkan rasa geram if my brother was not there.
Mungkin.
Yeah. I admit that I'll become emotional when it comes to my brother.
Siapa tak sayang adik kan..?
Betul tak?

Unfortunately my brother failed his task.
Bertambah2 la geram aku kat budak second year ni.
Aku cakap dalam hati, once aku jumpa buddy adik aku ni, aku nak brainwash habis2.
Sabar je la...
First year students yang failed kena naik atas stage doing chicken dance & some cheers.
My brother saw me up from the stage as I was sitting right in front of the table.
Mustahil dia tak nampak..
And I was sure that dia sangat3 malu at that time. He kept standing behind his other friends.
Tried to hide his face from me.
Sedih pulak tengok dia ni.

But later on bila MC sebut nama buddy dia, I was so relieve.
Sangat lega.
Sebab buddy dia boleh dipercayai. Tengok muka macam baik. Terus tak jadi nak brainwash.
He seems nice.
Aku takut dia dapat buddy yang tak boleh dipercayai..

Then, we had lucky draw tapi seniors tak join la..
Kecewa jugak aku tapi diamkan je la..
Tengok je.
Then ada performance from first year & second year medical students.
It was fun. I really enjoyed the performances especially the one performed by first year students.
Second year?
Hahaha... I didn't watch it as I was outside the hall at that time.

My adik buddies. Hehehe. From left; Fatin Alia, Amira, Alia, me. 

First year students' performance. Gambar tak cantik pulak. Maaf.


Masa nak balik tu, aku perasan pagar kolej KTSN ni bertutup.
Pelik aku.
Then, aku nampak 4 orang guards ni macam tengah bergurau kat luar pagar tu.
Sebab nampak macam tengah menggeletek seseorang.
Rupa2 nyaa........

Diaorang tengah bergelut dengan seorang lelaki berbaju merah.
Nampak macam pendatang asing. Macam dari Indonesia.
Laki indon tu siap pegang kayu lagi.
The 3 guards were struggling with the red shirt man while another guard was trying to grab his kayu.
Macam baseball punya bat.
Gila tak gila?
Aku punyalah takut masa tu.
Just imagine what if this guy escaped from these guards?
Aku takut dia akan serang students yang still ada dekat hall.
BAHAYA WEI..!!!
Alhamdulillah after 10 minutes of struggling, the red shirt man was captured.
Dua orang guard duduk atas laki indon tu dengan tangan berlipat ke belakang.
Then, baru la guard lain bagi kami keluar.
Seriously takuttt...!!!
I was hoping that the red shirt guy will be jailed for a long time.
Tak pun tembak je!
Hahaaha..
Menyusahkan je. I believe that the red shirt man is a drug addict.
Dekat sebelah kolej tu memang ada bangunan yang usang sangat. Dah lama sangat tinggal and ramai penagih dekat situ.
Memang dah banyak kali kes curi jadi kat kolej tu but this is the first time for me to watch 5 men struggling.
Baru terasa kepentingan guard2 yang ada kat kolej.
Terima kasih!

Friday 20 September 2013

PPD Camp!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah minggu depan dah start real posting.
Takut sebenarnya sebab posting O&G.
Baru-baru ni aku ada kem PPD.
PPD? Perempuan-perempuan Dominant??
Hahahaha..
Bukan2..
PPD tu macam professional development..macam tu la..
Nak bagi kami ni ada nilai2 yang baik as a doctor soon.

Kem tu 3 hari 2 malam. dekat Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Seremban.
Actually, masa first year dulu pun ade kem PPD ni and buat kat tempat yang sama jugak.
Overall, kem ni sangat best tapi sangat penat..
Jadual program memang sangat2 pack.
Sakit kepala tu memang hari2 la sebab tak cukup tidur.
Haaa...aku bila dah sakit kepala mula la nak moody2 bagai.
Maaf sangat kepada siapa2 yang terkena tempias nya..

Banyak jugak yang aku belajar kat sana.
Paling penting macam mana nak tingkatkan self-confidence.
Aku ni tahap keyakinan tu kejap OK, kejap KO.
And...i've learnt to listen and accept critics from friends and doctors.
Memang takda shouting-shouting bagai tapi ayat seriously sentap habis.
Aku terpaksa tebalkan muka and....keep smiling.
And I told myself... "Ini baru doktor cakap lembut2, kalau ini pun aku tak boleh nak tahan, macam mana nak handle masa real posting nanti.."

Alhamdulillah...takda setitik air mata pun yang jatuh depan doktor2 tu..
Hahaha...tapi hati sentap la..
I really need to take it positively.
Kalau negative, memang agak susah nak survive.

Masa hari terakhir ada majlis penutup dengan White Coat Ceremony.
Masa white coat ceremony tu memang sebak kot.
Prof Har wakil parents kami..kira nya macam menyerahkan kami to all the doctors to teach and educate us.
Masa tu doctor2 yang ada pakaikan white coat untuk ketua kumpulan.
Kami yang tak jadi ketua ni pakai sendiri2 ler..hehe..

Tapi seriously ucapan Prof Har memang buat aku nak menangis kat situ jugak.
Banyak kali jugak la bergenang air mata ni tapi aku control..jangan bagi jatuh..
Control...control..
Ayat yang paling sedih dari prof,

"Para pengajar (the doctors) bersabarlah dengan kerenah anak2 (kami la tu) ini. Teruslah memberi dan mengajar dan memberitahu perkara yang betul walaupun pahit.."

Nak menangis!!! But...need to control..control till the end.
Habis je majlis penutup, kami lunch. Then off to Bangi.
Sebab ada Majlis Ramah Mesra dengan Timbalan Perdana Menteri.
Maaf sangat2 Tan Sri..
Ramai yang terlelap masa majlis kat Bangi tu sebab kami kepenatan yang amat.



Wednesday 28 August 2013

There must be a reason

Assalamualaikum...

Dulu2 masa awal-awal isi borang UPU (kemasukan ke IPTA) ramai tanya kenapa pilih IPTA.
Kenapa tak luar negara?
Memang dah tepu sebenarnya dengan soalan2 macam tu.
Lagi2 masa kat maktab.
Most of my friends pilih nak study abroad.
Well, not for me.
Aku lebih suka stay dekat Malaysia.
It's not that aku homesick ke ape ke.
Tapi aku fikirkan iman aku.
Kuat ke iman nak study dekat sana?
Iman aku takde lah setebal mana.
Memang naik turun selalu.
Kadang2 tu turun..tak naik2.
Ini baru dekat tanah air, kalau dekat tempat orang nanti macam mana.
Sekarang ni duduk KL pun banyak sangan dugaan.
Banyak sangat.
Kadang2 tu takut iman turun.turun.dan terus turun.
Tak ke haru macam tu?

Tapi another reason is that ini semuaaaa urusan Allah.
Ade hikmah aku stay Malaysia study kat PPUKM.
Dan bukan dekat Ireland ke, India ke, Rusia ke.
Supposedly this should be the first reason kan?
Then after that baru iman.
It is related.

Another reason?
Besides my mom who used to study medicine in UKM, there is someone else.
Masa tu dekat maktab ada Hari Kerjaya (something like that).
Representatives from each university (mostly yang pernah study dekat maktab aku)
datang maktab and promoted their universities.
Even universiti luar pun ada.
Masa tu memang tabik spring la dekat senior2 yang tengah study medicine.
Rasa kagum sangat.
Masa aku duduk maktab dulu rasa sangat3 inferior dengan students lain.
Seriously hebat gila.
Aku tak tahu la macam mana aku boleh survive tapi that was the hardest time.
Kalau boleh tak nak ingat pun apa yang aku belajar......pengalaman2 kat maktab dulu.

Masa hari kerjaya tu, takda sorang pun wakil dari UKM (from seniors).
Tercari2 jugak. Takkan la takde langsung senior yang study dekat UKM.
Hampeh. Memang takde.
Aku tak nampak pun banner ke poster ke ape ke dekat dalam dewan tu
yang represent UKM.
Kecewa jugak sebenarnya. Sebab aku memang tak berminat langsung nak study luar negara.

Then, masa sesi forum, ade wakil dari UKM atas stage.
Excited! Seriously excited!
Namanya Dato' Dr Lokman Saim.
Aku memang tak kenal. Seriously. Tak kenal.
During that one hour forum, Dr Lokman sempat la jugak promote UKM.
Bertambah excited aku. Hehehe.
Even takde banner, brochure, poster nak promote UKM, aku dah puas hati.
As long as ada wakil from UKM. Cukuplah tu.. :)
I could see that tak ramai yang interested dengan UKM at that time. Aku je.

Now, alhamdulillah.....
Alhamdulillah sebab aku sekarang dalam clinical years.
Dalam masa 3 tahun dari sekarang iAllah i'll become one of the doctors graduated from UKM.
Nak malu apa kalau grad dari universiti tempatan. Kan? Kan? Kan?
We should be proud, what!



Wednesday 21 August 2013

Update!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam ni dapat stay bilik baru!
Hahaha..serius rasa seronok sangat..
Semalam kena stay dalam ward sampai pukul 10pm sebab nak kena clerk patient.
Balik bilik, mandi, solat, terus tidur..
Nasib baik sempat bangun nak sahur..
Adehhh..kepenatan yang amat.
Padahal baru minggu klinik asas.
Belum posting betul lagi.

Hari ni dapat pergi labour room.
Dapat tengok baby yang baru lahir.
Comel!!!!
Memang agak bising sebab ade dua baby yang baru lahir. Confirm2 la menangis kan..
Tapi yang peliknya aku tak rasa irritating.
Selalunya bila dengar budak nangis lagi2 kat kedai makan memang aku rasa irritate sangat2.
Tapi tadi rasa seronok pulak..
Comel je..
Hahahaha..
Kesian dekat SN yang bagi briefing kat depan. Penat dia bercakap, tapi aku leka tengok baby..

Alhamdulillah sepanjang 3 hari masuk ward banyak sangat belajar benda baru.
Senior2 sangat3 membantu dalam ward..
Tolong ajar cara nak buat physical examination, tolong ajar macam mana nak kira itu ini..
Serius baik sangat..
Thanks a a lot!!!

Patients pun sangat3 memahami kami yang baru nak belajar ni..
Memang kekok sangat nak clerk patients.
Sebab selalunya kami clerk SP waktu pre-clinical years..
SP tu maksudnya "simulating patient". SP tu bukan patient betul tapi individu2 yang dilatih untuk berlakon jadi patient..
Kami tahu yang SP tu berlakon, jadi kami pun berlakon la..
Tapi kali nie..bukan lakonan, ni real..adehh..

Aku selalu okay je bila clerk SP, tapi bila dengan patient terus kaku.
Serius rasa berat sangat mulut nak tanya macam2.
Sebab risau patient bosan.. Dia orang kat sakit.. Mana la nak layan medical students..
Kalau SP tu, memang aku tanya je macam2.

Esok pergi klinik pulak..
Tengok macam mana Dr clerk patients kat klinik.. :)
Yeah!


Friday 16 August 2013

Bilik Baru. Dunia Baru.

Assalamualaikum...

Rasanya memang dah lama sangat tak update blog.
Takde bende nak diceritakan..hehehe.
How was my raya?
Well, alhamdulillah plan gila menjadi..
Kami sekeluarga raya masa 1 Syawal tu je.
Raya kedua sampai keempat "beraya" dekat Port Dickson!
Hehehe..
Beraya dengan pantai, laut baagai..
Even tak lama sampai seminggu tapi alhamdulillah sangat3 sebab dapat spent holidays dengan family dekat sana..
Lama tu tak melancong dengan family. Rindu kot!

Okay.
Cukup-cukuplah pasal raya.. (raya ke??)
Sekarang ni aku dah ade dekat dalam bilik baru.
Hehehe..
Alhamdulillah dah check-in bilik dekat PPUKM.
Alhamdulillah dapat serumah dengan Zati, Ke'ah dengan Farah..
Rumah kami dekat tingkat 4 nun..
Serious penat gila naik turun tangga dengan beg yang bertimbun2.
Seriously aku pun tak tahu apa yang aku bawak.
Macam nak pindah rumah.

Ayah dengan aku bertolak dari rumah pukul 5 pagi..
Sedih tu nak tinggalkan rumah.
Adik2 tak bangun lagi.
Memang nak menangis masa tu tapi nangis dalam hati je la..
Nangis betul2 susah pulak nanti.

So far bilik baru ni okay..
Alhamdulillah sebab cukup la keperluan.
Elektrik. Air. Semua cukup walaupun bilik baru ni tak sebesar bilik masa kat KTSN dulu..
Aish..rindu pulak bilik lama..
Takpe! Lama2 nanti aku boleh la kot adapt dengan suasana bilik baru nie..

Bilik baru! 
Okay..
Bilik baru for sure la belajar benda baru kan.
Aku dapat posting Obstetric and Gynaecology (OnG).
Kecut perut aku bila tengok OnG.
Memang la cita2 nak jadi pakar OnG tapi bila dapat posting ni rasa takut pulak.
Huwaa.... cuak kot.
iAllah...Allah akan permudahkan perjalanan aku sebagai pelajar perubatan tahun 3.
Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.

Friday 28 June 2013

Idea Gila

Assalamualaikum...

Sebelum ni ibu ade cakapa baju raya tahun ni warna kuning lembut?
Kuning?
Yup! Kuning...huwaa... dah la tak berapa nak berkenan sangat dengan warna kuning nie.
Bright sangat rasanye..


And then..............this week baru dapat tahu Tokmak takde raya nie.
Pergi umrah dengan nenek sedara..hurm....
Nampak gayanye memang tak beraya la aku kali nie.
Satu2 nye tempat kite orang sedara mara berkumpul masa raya memang kat rumah Tokmak..
Kalau tokmak takde, rumah kosong la.. means no raya for us this year. (Mungkin utk aku je kot..)

Tapi takpe!
Tiba-tiba idea gila mencurah-curah dalam otak ni..hehehehe.
Aku dengan selambanya mencadangkan satu family pergi melancong.
Mana2 lah asalkan bukan dekat Muar.. Termasuklah Johor..
Teringin nak pergi naik "banana boat". Hahahaha..
Ni semua sebab tengok Running Man la nie...Adeehh..

Gambar ni pun boleh kan? Nak letak gambar yg ada orang macam tak proper pulak.. tak tutup aurat..:)


No raya means no ketupat, no rendang, no baju raya, no duit raya..
Hahahaha..
Part katupat dengan rendang tu boleh tahan lagi..hehe.
Duit raya? Takpe!
As long as dapat pergi jauh2 dari Johor. Nak ke Pulau Kapas ke, Pulau Pangkor ke..
Mana2 asalkan dapat naik "banana boat"..
Baju raya? Takpe!
Bolehlah family kami berjimat duit..hehe...



Ibu dengan ayah nampak macam okay je..hahaha..
Macam dah dapat green light...
MACAM....
Tak confirm lagi... I.Allah jadi kot...

Lepas dah masuk clinical years nanti bila lagi la nak merasa cuti dengan family.
Sejak masuk matriks memang aku dah tak join family aku pergi melancong.
Aku ade kelas, tapi yang lain cuti..
Tahun ni nampak macam semua ade dekat rumah untuk sepanjang Ramadan yang bakal menjelang nie (ewahh..haha).
For sure la raya nanti semua ade kan? iAllah...
Hehehe..

Thursday 27 June 2013

Oh! Oh!

Assalamualaikum...

First thing sebelum start mengarut...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Alhamdulillah sebab dapat sambung clinical years iAllah bulan 8 nanti.
Alhamdulillah sebab dapat berpuasa dekat Muar nie..hehehe..

Well, semua orang tahu kan pasal jerebu?
Paling DAHSYAT dekat Muar..
Masa kecik2 dulu, bila ada kes jerebu nie memang tak pernah nak ambil tahu.
Hahahaha..
Bila dah besar panjang macam ni la baru rasa serius jugak kes nie.

Masa kes jerebu tengah 'hot' kat paper, aku ade terbaca pasal API.
Yup! Air Pollutant Index.
Kat Muar paling teruk kot.. about 337..
Aku pun tak tahu details pasal API nie. Cukuplah kot tahu nombor2 nie..
Memang terasa sangat keterukan jerebu nie..mana taknya, sampai dalam rumah pun nampak macam blurry je..
Terkejut aku..ingat kan kabus. Pelik jugak kabus ada dalam rumah especially waktu tengah hari..
Nak drive pun takut, memang tak nampak jalan.
Habis tergendala rancangan nak gi jejalan..ngeee..
Tapi takpe, habiskan masa kat rumah pun okay jugak..
Boleh habiskan buku "The Good Father" tu..haaa...

Sebenarnya ade lagi tiga buku tak habis baca.. tak start baca pun lagi..
Adoyai...membazir betul beli bebanyak..
Tiap kali pergi kedai buku, mesti beli satu buku..
Kalau pergi kedai buku 3 kali seminggu, maknanya 3 buku dalam seminggu aku beli..
Adehhh...







**Err..nampak sangat kebosanan entry kali nie..hehehe.. maaf2.

Saturday 1 June 2013

MBSJ

Assalamualaikum...

Dah nak final exam daah... dah nak masuk clinical years dah..
cepat betul... :)

Lesson learnt semalam...
 #1. Try to put trust on others

Aku memang susah nak percaya orang. even orang yang paling dekat pun aku susah nak percaya.
teruk kan? kalau yang rapat pun macam tu apatah lagi yang memang tak kenal..
Aku pernah sesat dalam KLIA.. bayangkan KLIA. BESAARRR kot. Sesat sebab takut/malas nak bukak mulut tanya jalan nak ke balai perlepasan. masa tu konon2 nak escort parents la kan.. last2 aku yang di-escort parents ke tempat parking. huhuhu..
seriously that was not a pleasant thing to talk about. malu pun ade jugak..

semalam? semalam aku memberanikan diri bertanya berberapa orang hamba Allah.
mase tu dalam Sunway pyramid. buat apa kat sana? haaaa...another unpleasant thing.
anyway, mula2 aku tanya pak guard nie? (pak guard ke? entah...)

aku : assalamualaikum..tumpang tanya, dari sini nak ke sunway resort macam mne eh?

PG  : (senyum bukan main laggii.. ni yang masalah nie)
 waalaikummussalam...oh..dari sini, adik tegak aja ya... nanti adik nampak dua patung gajah..( dari indon nie)

aku : oh..gajah tu sebalah mane?

PG  : gajah tu tak bergerak tau.. (sengih..) sebelah kanan..

aku : oh..terima kasih ye! (baru nak gerak nie...tetiba..)

PG  : eh, adik boleh ke jalan sorang? nak bagi nombor telefon tak? nanti saya hubungi adik..

aku : (pulak daaaahhhh....) takpe2... (terus jalan.. malu kot orang lain pandang dengan baju kurung nie. mcam mana la tak malu kalau dah masuk sampai tempat water park. org lain baju t-shirt, aku baju kurung..hehehe)

jalan punya jalan....rasa macam tak jumpa pun patung gajah tu..
aku pun masuk la satu kedai nie.. kedai jual cadar katil. ade sorang akak jaga kat kaunter..
lepas tanya jalan, akak tu cakap kena naik lagi satu tingkat.. tak ingat aku kat tingkat berapa masa tu..
memang susah sikit nak ingat jalan...

dah jejalan tu... rasa macam tak jumpa lagi nie.. pergila tanya sorang makcik cleaner ni..
makcik tu buta sebelah mata... tapi nampak kuat lagi buat kerja..

lepas tanya,, teruskan lagi perjalanan (perjalanan la sangaatt...) alhamdulillah..jumpa jugak!
hehehehe.. memang penat masa tu. jalan bukan main laju lagi.. semua benda aku langgar. hehehe.

#2. Dont expect anything from human beings

Macam dah terbalik kan dengan yang nombor satu? tadi put trust on others, yang ni jangan expect ape2 pulak.. hurm....

well, manusia nie lemah. sangat lemah. semua kekuatan tu datang dari Allah..
kite tak boleh nak expect orang faham perasaan kita, keadaan kita..
kita cuma boleh depends on Allah.. sebab Allah yang create kita, for sure la Allah knows everything pasal each of us kan?

perasaan kita. masalah kita. sakit kita. sihat kita. masa kita.
semua Allah tahu..

semalam masa tengah sesat tu memang aku berdoa dalam hati banyak2 biar Allah permudahkan urusan.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku..
Allah hantar beberapa orang nak tunjukkan aku jalan.
Allah kuatkan aku untuk bertanya.
Allah kuatkan aku untuk terus cari tempat yang aku nak pergi tu..

maaf kepada pembaca yang mungkin ade terasa hati.
maaf sebab entry kali ni macam berbelit
sebab neuron dalam otak ni pun dah haywire..hehehe



Friday 10 May 2013

Nama dalam english

Assalamualaikum...

Pernah terfikir tak kenapa ada orang yang ada dua nama?
Contohnya macam chinese. Ada kawan aku nie nama dia Yin Yan, tapi panggil Diane.

Dulu masa darjah satu, semangat nie nak buat krja sekolah..
Masa tu buat homework bahasa inggeris..
Dalam buku tu ade dialog, kiranya aku kena isi tempat kosong la..

Dialog A: What is your name?
You : My name is ________________.

Aku blur...nama aku?
Entah macam mane boleh fikir jauh sangat mase tu..
Nak cari nama sendiri dalam bahase inggeris..

Mary? Stephanie? Julie? Qristina?

Punya la puas aku fikir..last2 tanya ibu..
Ibu tengah solat asar masa tu..
Aku duduk je la sebelah ibu..tunggu sampai ibu habis solat..

Aku tunjuk dekat ibu dialog tu..
Ibu cakap " Tulis la nama awak.."
Aku pening...mana aku tahu nama aku dalam English ape..

Aku jawab : Tapi orang tak tahu nama orang dalam BI..

Ibu dah berkerut.. mesti ibu fikir ape kena la dengan budak seorang nie..
"Mana ade dalam bahasa inggeris. nama awak tu la.." ibu cakap..
Aku pandang je la ibu...
"Nurul Farhana tu ke?"
Ibu angguk.. "Tapi dalam BI ape?" Haihh...aku nie pun satu..tak paham2 bahasa melayu..

"Nama awak dalam BM ke BI ke sama je Nurul.." ibu explain.
Ibu dah tersengih kat atas sejadah..
"Betul nie?" soal aku. tak puas hati lagi nie..
Aku cuma fikir takut salah jawapan..takut kena denda diri atas kerusi..
Tapi last2 aku tulis jugak nama aku even tak ikhlas..hehehe..

JUST WANNA WISH HAPPY MOTHER'S DAY TO MY IBU "AZLINA NOHD NOAH"
FOR  GIVING BIRTH OF SUCH COMPLICATED CHILD LIKE ME.. 
THANKS FOR BEING PATIENT WITH ME FOR THESE 21 YEARS.. 

LOVE IBU SO MUCH :)


Tuesday 7 May 2013

Jalan-jalan!

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share dengan semua orang (erk??) perjalanan aku dengan sahabat2 lain ke Shah Alam..
HEHEHEHE..
Shah Alam je pun...tapi seriously seronok!
Tak pernah terpikir kami akan sampai ke Shah Alam sendiri..
Maksudnye, no boys..! Yep, kami cari jalan sendiri, cari makan sendiri..
But of course, with Allah's help.
Kalau Allah tak izinkan, kami takkan sampai ke Shah Alam..Alhamdulillah... :)

By the way, sebelum meneruskan cerita (??), i would like to introduce my friends here!
from left : Ke'ah, Me, Wawan, Sarah, Farah, Syir

First destination kami : IKEA
Apa yang kami buat kat sana? Beli perabot? NO..NO..NO..
Kami nak makan meatball..hehehe..
Sanggup travel ke Shah Alam semata-mata nak makan meatball.. huhuhu..
Comments on the food there?
Superb! Like the meatballs very3 much! But lepas ni nak rasa meatball Abang Burn pulak la..


See that in the picture? Besar2 meatball IKEA. memang kenyang sangat3. Alhamdulillah..
I do love the french fries too.. hehehe.. can't stop eating them.. seriously sedap. :)
Dah tak kisah how much calories we took that day. we just wanna fill our tummies.. hehehe

After IKEA, our next destination would be....
I-CITY..!!! yeah..!
Ni kali kedua pergi sana selepas program HC dulu..tapi masa tu pergi malam..kali nie siang.
Memang tak de lampu warna-warni siang2 macam ni tapi kami pergi Trick Art Museum, 5D cinema.
Ingat nak masuk Rumah Salji sekali, tapi takpe la...next time pulak.. ;)








Seriously penat bergambar kat dalam Trick Art Museum tu..
By the way, harga tiket nak masuk museum nie RM5..
kalau ade kad i-city boleh dapat murah...:)
Tiket untuk 5D cinema pulak RM10.
Well,, tak tahu nak cakap berbaloi ke tidak sebab lain orang lain rasanya..
Tapi best la (kot) dalam tu..
Habis basah tudung... hehehe..kesian la yang kena air..
Aku tak kena sangat sebab duduk pun tak betul. macam nak tak nak je..ngee...

Basically, dalam 5D cinema ni dia nak bagi kite rasa apa yang ada dalam screen.
Dalam screen tu macam kite naik roller coaster..
Setiap pathway yang roller coaster tu lalu (contohnya air terjun), we will feel it.
Tu yang basah tu..sebab ade air keluar entah dari mana... hehe...

NEXT!!
we moved on to the next destination which is...Seksyen 2 Shah Alam..
Buat ape?
Nak rasa ice kacang...sedapnyee Ya Allah...:)
Aku order perisa strawberry sama dengan ke'ah..
Syir order chocolate.. farah supposedly order torpedo tapi atas sebab2 tertentu, farah takde rezeki petang tu..
Takpe2! lepas ni boleh pergi lagi! iAllah.. :)

Lepas nie kami plan nak pergi Pulau Kapas pulak..
Tak kisah pulau mane asalkan kat  terengganu nuun..hehehe..
Seronok travel dengan girlfriends..;)
Semoga Allah kuatkan ukhuwah antara kami.. iAllah.. :)

***THANKS TO OUR PHOTOGRAPHERS THAT DAY : SARAH & FARAH..

Sunday 5 May 2013

Hehehe..

Assalamualaikum..

Jumaat tengah hari (3 Mei) hari tu aku balik Muar..
Nak mengundi tak layak lagi..tapi degil jugak nak balik..
Tapi tak drive la sebab takut jalan sesak nanti..
Mase beli tiket, kat situ die tulis seat aku seat number 1. means depan sekali la kan..

Then, mase masuk bas tu.. dah gak ramai yang masuk sebenarnye..
Tetiba je tengok ade dua mamat indon dduk seat depan.
Aku tengok la nombor kat kerusi tu..hurm..nombor 1 dengan 2.
Aku tengok balik tiket aku.. sah nombor 1.
Aku pandang mamat dua orang nie..
Nie yang rasa nak telan orang nie..hahaha.
Bengang kot seat kena "rampas".

Aku cakap " nie kerusi saya. ade dalam tiket kan..." Hehehe... ayat kena kasi ganas siket.
Dah terkebil-kebil mamat dua orang nie.
Sorang dah pergi seat lain.. aku still tercegat kat situ..
Pandang mamat yang tinggal tu.. memang pandangan maut la..hehehe..
Die pun pergi cari seat lain..hahaha..

Last last... i ended up sitting alone..
Hehehe.. conquer dua seats kot..seronok..! hehehe..
Rasa-rasa kalau macam nie gayanya boleh la buat selalu.. hehehe

Tuesday 30 April 2013

Irama Malaysia?

Assalamualaikum..

Tahu ape tu IRAMA MALAYSIA?
hehehe..ade cerita di sebalik tajuk nie.

Dulu masa sekolah rendah, semua pertandingan aku nak masuk.
Mewarna. Melukis. Berpantun. Pidato. Menyanyi ??
Semua benda nak cuba. Hahaha..
Biasalah.. masa sekolah rendah la nak buat semua benda, sebab masa tu takde la rasa segan sangat.
Bila dah besar panjang macam sekarang agak susah la nak involve dalam pertandingan yang macam ni
sebab asyik fikir macam2.
Tambah dengan rasa segan lagii..haih..

Ada satu hari tu, tetiba ade sorang budak junior (masa tu aku darjah 6) datang kelas.
Dia cakap "Cikgu Rafidah tanya sape2 nak masuk pertandingan menyanyi lagu irama Malaysia
jumpa cikgu dekat kelas 5Nilam (kelas adik sendiri).
Aku pun dengan excitednyer pergilah ke kelas tu dengan 4 orang lagi kawan.
Cikgu pun nampak macam terkejut tengok kiterang datang.

Cikgu mintak kiterang nyanyi satu lagu irama Malaysia yang kiterang tahu.
Aku la yang kena nyanyi dulu.
Aku pun nyanyi "Malaysia kita sudah berjaya...aman makmur bahagia..."
Masa tu takde rasa segan even dalam kelas adik sendiri.
Aku pun nyanyi la dengan penuh penghayatan. Khusyuk nak control vibration..huahuahua..

For sure la semua students pandang aku..tapi buat dek je..
Muka cikgu dah lain dah..
Bila habis nyanyi, cikgu tanya "Kamu tahu tak irama Malaysia tu apa?"
Kiterang dah berkerut. Bukan lagu yang aku nyanyi tu ke?

"Lagu irama Malaysia tu lagu macam Cindai tu.." cikgu explain.
Masa tu Ya Allah punye lah malu giler!!!!!!!!!!!
Bahang je muka masa tu.
Mati-mati aku ingat lagu yang aku nyanyi tu lagu irama Malaysia..
Hahahahahaha...



Lepas tu terus resign. tak nak nyanyi dah..
Tapi masa sekolah menengah sambung balik.. hehe..
Masuk nasyid + boria..

Sekarang? Ouh...tidaaakkk..
Hahahaha...
Rasa malu dah menebal.
Nak present depan students dekat dewan kuliah pun susah...
Hehehehe...

Sunday 28 April 2013

worst handwriting

Assalamualaikum..

this picture is taken just now. 10.36pm. 28/4/2013


worst handwriting ever. masya Allah... 
whose handwriting is this?
MINE!
hehehe..

Sunday 14 April 2013

Ego ke macam tu?

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba terajin pulak nak balik kolej awal.
Tapi takde la awal mane..tapi memang rase pelik la sampai kolej pukul 1.30pm.
Gerak dari rumah pukul 11.30 pagi..
Dua jam drive kereta. gile!
Nampak sangat pecut mase kat highway!!
Heeeeeeeee..
Can't help it. bile tengok jalan lengang je mesti rasa nak tekan2 je pedal minyak tu..hahaha
Tapi alhamdulillah sebab selamat sampai kolej, selamat kemas bilik..

Malam sebelum tu aku tengok cerita Brave kat HBO.
Okay..aku tahu cerita tu sebenarnye dah lama keluar kat wayang tapi tak sempat nak gi tengok.
Tunggu keluar kat astro je la..
Not bad.


Ingat kan cerita biase-biase je..
Tapi seriously... ade mesej penting kat situ.
Apa yang aku dapat dari cerita tu?
Hubungan ibu dengan anak memang tak boleh dipisahkan!!
That's the fact!
Just imagine, hubungan ibu dengan anak terjalin since kte dalam stage zygote..embryo..smpai la jadi fetus.

Aku mula2 tengok seorang je...memang dah jadi tabiat tengok tv smpai dua tiga pagi..
heee..
Then, ibu join sekali..
Dalam cerita tu ade part memang boleh buat aku menangis..
Memang rasa kena tampar2 la..tapi aku tahan je..
Mengenangkan ibu ade sekali..aku tahan je air mata nie.
Jangan nangis. jangan nangis. jangan nangis.

Punya la ego aku tak nak bagi nangis depan ibu.
Selalu macam tu... bila tengok cerita2 sedih dengan ibu memang aku tahan je air mata nie.
Ibu kat sebelah dah meleleh air mata..
Haish..kalau tengok cerita macam tu sorang2, memang dah lama aku menangis.

Tapi mesej dalam cerita Brave tu seriously memang kena tepat kat aku.
Allah bagi aku tengok cerita tu untuk sampai kan mesej tu kot..
Hurm...think positive..!


Tuesday 26 March 2013

Ujian atau Balasan?

Assalamualaikum....

Kadang-kadang....
Bukan kadang-kadang, selalu jugak sebenarnya..
Aku terpikir musibah2 yang datang nie sebenarnye ujian dari Allah ke atau balasan atas dosa2 yang lepas?

Bila aku pikir mungkin ni semua balasan dosa2 aku,,
Hati nie memang rasa nak pecah.
Sedih.
Takut.
Tapi terselit jugak rasa syukur sebab mungkin Allah nak hapuskan dosa aku.. :)
Trying to be as positive as i can..

Bila aku pikir ini mungkin ujian Allah untuk aku..
Memang rasa sedih tapi tak sesedih yang tadi laa.
Sebab dalam otak dah set ni untuk ujian keimanan aku.
Bila pikir macam nie aku selalu doa jangan sampai aku jadi kufur dengan ujian2 nie.

Makcik Zai pernah pesan jangan sesekali kita mintak ujian dari Allah
sebab takut ujian tu kita tak mampu nak pikul.
Takut kita kufur..
Bayangkan dengan ujian yang sekarang ni pun kekadang kita selalu je rasa tak larat.
Nak give up.
Macam2 perasaan ade..

Aku ade tanya dengan makcik macam mana nak bezakan ujian dengan balasan dosa?
Makcik jawab kita tak boleh nak tahu sebenarnya.
Ini semua misteri Allah..
Tapi dua2 memang baik untuk kita.
Balasan dosa iAllah boleh menghapuskan dosa2 kita.
Ujian dari Allah pulak boleh tingkatkan darjat iman kita kepada Allah..

Subhanallah...
Allah tu memang maha Pengampun dan Penyayang.
Kita ni je selalu lupa.
Especially orang yang menulis entry ni la...haish...

Aku mengaku.. sejak2 akhir2 ni memang macam2 berlaku.
Sejak ibu dengan ayah gi umrah dua minggu lepas.
Memang aku takde semangat langsung nak study.
Asyik nangis je..
Datang kelas tapi jasad je kat situ. Hati entah kemana..

Mungkin Allah nak uji aku..
Sebab kita tak boleh nak bergantung harap 100% pada manusia.
So, Allah tarik sekejap nikmat "kebergantungan pada parents" dari aku.
Allah mungkin nak ajar aku yang aku patut bergantung hanya pada -Nya..

Nie baru dua minggu takde..
Macam mana nanti kalau ibu dengan ayah meninggal?
Mampu ke aku nak teruskan hidup????
Yup.
Aku kena belajar bergantung harap pada Allah.
Dia yang mencipta aku dan makhluk sekalian alam..
Subahanallah..

Dulu senang la cakap dalam hati.. Aku hanya ada Allah nak mintak tolong..
Tapi bila ibu dengan ayah takde..
seriously rasa macam lost..
Sedih nye hidup macam nie?
Normal ke?
Astaghfirullah....



Tuesday 12 March 2013

Cemburu

Assalamualaikum..

Semalam baru habis exam akhir module GIT & Hepatobiliary system..
Alhamdulillah..walaupun banyak jugak yang tak dapat jawab.
As long as aku dah berusaha... result nanti Allah yang tentukan.
Well..mesti depend on my usaha...
Mengenangkan balik usaha2 aku dalam masa 3 hari sebelum exam...tak berani nak letak harapan tinggi.
Tawakkal je pada Allah..

Hari ahad ade wedding dekat Serdang.
Rumah sepupu sebelah ibu..
Kak Shikin... sejujurnya memang aku tak ingat sepupu yang ni.
Muka macam familiar...hehehe...
Ramai sangat adik-beradik ibu..

Semua nye berjalan dengan lancar except for one thing.
Aku jealous tengok tokmak naik pelamin masa kak Shikin bersanding.
Masa tu majlis bersalaman dengan pengantin.
Jealous..!
Seriously!
Mungkin selama nie aku tak sedar tokmak got a lot of grand-daughters!!
Hahahaha..
Bila tengok tokmak dengan cousins yang lain rasa macam diketepikan.
Mana taknya..sepupu yang lain dah beranak pinak.
Aku je yang still belajar.. size jangan cakap la..kecik sangat.
Tak macam yang lain..semua nye tinggi lampai haa..
Memang confirm la aku tak termasuk dalam group tu..

Masa kak Shikin salam dengan tokmak tu aku rasa macam nak jerit
"Ni tokmak aku la...!!"
Hahahaha....adoyai... Farhana..Farhana...

Sunday 3 March 2013

Healthy Food for Healthy People

Assalamualaikum..

Hehehe..tajuk entry somehow macam nerd kan?
Well.. something happened today.
Takde la gempak mana pun.
Tapi nak share jugak..

Aku dengan zati ke PWTC hari ni jam 9.30 pagi..
Plan asal nye aku dengan syir yang nak  pergi sane..
Tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan..aku ngan zati yang pergi.
What did we do there?
Dengar ceramah politik? (PWTC la katakan...hahaha)
Well...aku bukan jenis orang yang berminat dengan politik..
So...it wasn't about politics..

Ade hari pelanggan Herbalife..
Alhamdulillah setelah beberapa kali couch aku (kak husna) ajak aku..
Akhirnya ade jugak rezeki aku datang event nie.

Herbalife?
Yup! I'm consuming this product right now..
Sekarang dag nak masuk 5 bulan...
Alhamdulillah...hasilnya agak memuaskan...
Turun berat badan (even though i should gain weight actually)

Products that i consume untill now..

Produk ni bukan je target for people yang nak kurus.
Tapi... for people who want be healthy!
Besides, kita boleh buat side income jugak through this product.
Tadi dengar testimoni pelanggan..
Ade seorang tu baru umur 18 tahun tapi side income die RM50 K..!!!
Hebat kan?!
Teruja jugak mase tu..
Semua pelanggan yang datang mostly memang ade buat side income..
Cuma aku dengan zati je kot yang cume consumer biase..
Memang terdetik nak buat pocket money sendiri..
Tapi mase tak ada..
And... nak promote produk nie memang memerlukan orang yg bijak berkata-kata..
And...i'm not one of them..
At least not for now..

Input from this event..
Well..memang terasa berkobar2 nak turunkan berat badan!!!
Hahahaha...
Ade lagi!
Every time pelanggan bagi testimoni, mesti akhir sekali ade "Terima kasih Herbalife!!"
Fulamaak....
Tak kira tua muda. semua memang nampak fit dan sihat!


F3...disebabkan kena naik berat badan, kena consume F3..

Shake / F1 sebagai pengganti sarapan..


Teamix! Ambil every time after lunch and dinner..