total pages view~

Thursday 14 November 2013

Oh Ulcer!

Assalamualaikum..

Seminggu duduk rumah kali ni memang aku jarang minum air.
Menghabiskan masa dengan mengunyah coklat-coklat yang ada dalam fridge.
Kadang-kadang dalam sehari tu aku boleh habiskan 2 ke 3 coklat Cabury yang size besar tu.
Hahahaha.
Dah memang dasar hantu coklat. Memang tak boleh nak berhenti la.
Balik rumah, benda pertama aku cari. Coklat Cadbury.
Alhamdulillah ibu memang sangat memahami anak perempuan dia yang sorang ni memang
hantu coklat.
Tiap kali balik je memang dah ada stock coklat dalam fridge.

Disebabkan kurang minum air, best friend yang dah lama aku tinggalkan dulu kini datang kembali.
Rindu katanya. Okay. That's weird sebab dia ni bukan homo sapien macam aku.
Cik Ulcer datang melawat.
Menyampah aku la 'tetamu' datang tak diundang ni. (okay. aku dah terikut cara cik liza membebel.)
Kali ni sikit punya besar dia singgah dekat pangkal lidah aku.

Terpaksa aku menahan nafsu makan sejak Isnin hari tu.
Makan bubur je.
Aku memang tak pernah makan bubur sejak form 4.
Sejak McDonald kena banned.
Sebab banyak2 bubur, aku cuma makan bubur ayam McD je..
Sedih gila hidup.

Tapi boleh tahan jugak la bubur kat kafe kolej ni.
Cuma tak pedas.
So, aku pergi la beli sambal sotong. Gatal sangat nak beli.
Pergh...terliur aku tengok. Padahal tengah puasa hari tu.
Puasa pun sebab bukannya aku boleh makan sedap-sedap pun waktu lunch.
Silap2 minum susu kotak je.
Baik puasa kan?
Dapat jugak pahala.. heee

Bukak puasa dengan bubur plus sambal sotong.
Gaul sambal dalam bubur sampai sebati. Memang kecur aku tengok bubur tu.
Masuk je mulut.........mak aihhh...nak menangis aku.
Sakit gila....
Ni sakit tahap gaban ni.. Dah aku kemam je bubur tu dalam mulut.
Nak telan ke tak nak?
Telan nanti lagi sakit sebab lidah tu confirm2 la berlaga dengan gigi.
Adehh..
Mengenangkan perut yg dah berkeroncong dari subuh tadi, aku telan jugak.
Sakit yang tak terkata .T_T
Agak-agak dalam 40 minit jugak la aku nak menghabiskan semangkuk bubur tu.
Nak buang sayang.
Kalau kat rumah, tak habis boleh bagi ayam2 itik2 kat belakang rumah tu makan.
Takdelah terasa membazir sangat.

Isnin makan bubur.
Selasa pun makan bubur.
Rabu tak puasa sebab tak tahan sangat. Pergi beli Bonjela kat farmasi.
Sebelum ni memang tak pernah pakai ubat tu sebab aku tahu ubat tu pedih.
Ayah selalu offer ubat tu bila cik ulcer ni datang tapi memang aku tak nak pakai.
Tapi kali ni aku nekad. Aku nak cik ulcer ni pi jauh-jauh.
Sebab aku rindu nak makan pedas-pedas. T_T

Nasib baik lah sakit tu hilang kejap masa exam shortcase hari selasa tu.
Alhamdulillah....
Kalau tak..tak tau la macam mana nak buat running commentary waktu buat physical examination.
Silap2 comment on findings sambil menangis. Kesian patient. Dah la tengah sakit contraction, silap2 terkeluar baby dia tengok aku menangis dekat situ.
Hahahaha..
Tapi bila habis je shortcase, sakit tu datang balik.
Haihh...sabar je lah..

My true friend for this time being. heh



No comments:

Post a Comment