total pages view~

Wednesday 27 November 2013

My...My...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu kedua posting Surgery.
Yuhu...!!
Seriously tak tahu nak rasa excited ke apa sebab still rindu dengan O&G posting.
Rindu nak clerk ibu2 yang tengah pregnant.
Nak clerk dia orang ni tersangatlah senang sebab most of them akan bagi kerjasama yang sangat
tip top!
Sekarang ni dah masuk Surgical posting of course lah ada patient laki kan?
Nak clerk seorang patient pun takut sebab rasa lain sangat.
Memang kena berteman. Selalunya 3 orang clerk seorang patient.
Hahahaha..nampak tak betapa penakutnya aku.

Ward round?
Hahaha..yang ini aku tak tahu la..sebab supervisor aku memang suruh kita orang ikut round
pagi dengan petang.
Supposedly pagi tu untuk final year students je and petang untuk 3rd year ni la..
Tapi kita orang ni special case!
Dr nak tengok kita orang for each round.
Dah takde beza dah dengan zaman-zaman O&G dulu..
Hehehehe..
Cuma round untuk surgical posting ni sekejap je sebab ikut team.
Aku team Colorectal, so masa round tu memang tengok case colorectal je la.
Tu yang sekejap giler tu.
Tapi memang banyak belajar la sebab Dr aku tu memang suka mengajar.
Seronok! Seriously!

Setakat ni aku paling suka masa Clinic Session la.
Sebab Dr memang akan buat teaching secara tak langsung for each patient yang datang jumpa dia.
Seronok..!
Bukan senang kot nak dapat Dr yang willingly nak ajar kita masa clinic.
Mana taknya, dah la patient ramai..lepas tu nak melayan kita orang lagi..
Pergh...tabik spring la dekat Dr aku ni!!!
Hahahaha.
Masa clinic session ni la kita orang boleh buat per rectal examination dengan proctoscopy.
Free je dapat sign dari Dr. Huhuhu..
Memang sangat3 bertuahlah sebab dapat team colorectal ni.
Boleh masuk scope clinic bila2 je kita orang nak.
Ya Allah...seriously best!

AHAAA..!!!
Hari tu aku tengok registrar dari team kita orang buat procedure chest tube insertion.
Seronok ni nak tengok.
Boleh penuhkan logbook sekali...ye tak?
Hahaha...
Tapi...........................................
Aku tak tengok sampai habis pun sebab collapsed dalam ward.
Seriously maluu..!
Nasib baik bukan dekat tengah2 ward tu.
Collaped dalam bilik tutor.
Masa tengah tengok tu aku memang dah rasa pelik.
Perut rasa tak sedap. Mual2..
Nak cakap gastric, rasanya aku dah sahur siap2 dah pukul 5am hari tu.
Mata aku dah kabur..cepat2 aku pergi duduk dekat sofa.
Ingatkan sebab lama berdiri, so darah tak naik sampai kepala..
Tu yang ingatkan bila duduk tu bolehlah hilang rasa nak muntah semua tu..
Tapi still tak hilang. Makin rasa nak muntah adalah.
Mata aku memang dah tak nampak apa.

Terpaksalah aku jalan cepat2 pergi bilik tutor bila dah rasa boleh nampak jalan. (perasan!)
Sebab masa duduk dekat sofa tu aku dah dapat rasa ni mesti nak pitam sat lagi ni.
Baik pergi bilik tutor dulu..
Nanti kalau pengsan dekat sofa tu lagi malu.
Bukan main ramai lagi Dr dekat situ.
Tak pasal2 dapat bed dekat surgical ward tu. Dah lah memang banyak bed kosong.
On the way ke bilik tutor tu memang aku dah langgar dua tiga orang.
Maaf!!!!
Saya tak nampak.
Sampai je bilik tutor, aku terus capai kerusi.
Then...

GEDEBUKKK..!!!!

Sedar2 je, tudung aku dah hilang ke mana.
Bukak mata aku nampak ada orang sibuk mengipas aku.
Aku dah pelik kat situ.
Ni pehal ni sibuk mengipas aku ni..? Mana tudung aku ni..?
Ya Allah...seriously malu gila.
Nasib baik takda budak laki dalam bilik tu.
Malu nya lah....
Terpaksalah aku batalkan puasa aku hari tu.
Adehh..
Ni semua sebab tak makan sejak pukul 3pm semalamnya.
Sebab takde selera.
Ingatkan bila dah sahur boleh lah kot nak tahan sampai maghrib.
Tak boleh rupanya.

Habis satu posting tahu aku collapsed hari tu.
Malu ye jugak.
Lawak pun ye jugak.
Adehh...


Thursday 14 November 2013

Oh Ulcer!

Assalamualaikum..

Seminggu duduk rumah kali ni memang aku jarang minum air.
Menghabiskan masa dengan mengunyah coklat-coklat yang ada dalam fridge.
Kadang-kadang dalam sehari tu aku boleh habiskan 2 ke 3 coklat Cabury yang size besar tu.
Hahahaha.
Dah memang dasar hantu coklat. Memang tak boleh nak berhenti la.
Balik rumah, benda pertama aku cari. Coklat Cadbury.
Alhamdulillah ibu memang sangat memahami anak perempuan dia yang sorang ni memang
hantu coklat.
Tiap kali balik je memang dah ada stock coklat dalam fridge.

Disebabkan kurang minum air, best friend yang dah lama aku tinggalkan dulu kini datang kembali.
Rindu katanya. Okay. That's weird sebab dia ni bukan homo sapien macam aku.
Cik Ulcer datang melawat.
Menyampah aku la 'tetamu' datang tak diundang ni. (okay. aku dah terikut cara cik liza membebel.)
Kali ni sikit punya besar dia singgah dekat pangkal lidah aku.

Terpaksa aku menahan nafsu makan sejak Isnin hari tu.
Makan bubur je.
Aku memang tak pernah makan bubur sejak form 4.
Sejak McDonald kena banned.
Sebab banyak2 bubur, aku cuma makan bubur ayam McD je..
Sedih gila hidup.

Tapi boleh tahan jugak la bubur kat kafe kolej ni.
Cuma tak pedas.
So, aku pergi la beli sambal sotong. Gatal sangat nak beli.
Pergh...terliur aku tengok. Padahal tengah puasa hari tu.
Puasa pun sebab bukannya aku boleh makan sedap-sedap pun waktu lunch.
Silap2 minum susu kotak je.
Baik puasa kan?
Dapat jugak pahala.. heee

Bukak puasa dengan bubur plus sambal sotong.
Gaul sambal dalam bubur sampai sebati. Memang kecur aku tengok bubur tu.
Masuk je mulut.........mak aihhh...nak menangis aku.
Sakit gila....
Ni sakit tahap gaban ni.. Dah aku kemam je bubur tu dalam mulut.
Nak telan ke tak nak?
Telan nanti lagi sakit sebab lidah tu confirm2 la berlaga dengan gigi.
Adehh..
Mengenangkan perut yg dah berkeroncong dari subuh tadi, aku telan jugak.
Sakit yang tak terkata .T_T
Agak-agak dalam 40 minit jugak la aku nak menghabiskan semangkuk bubur tu.
Nak buang sayang.
Kalau kat rumah, tak habis boleh bagi ayam2 itik2 kat belakang rumah tu makan.
Takdelah terasa membazir sangat.

Isnin makan bubur.
Selasa pun makan bubur.
Rabu tak puasa sebab tak tahan sangat. Pergi beli Bonjela kat farmasi.
Sebelum ni memang tak pernah pakai ubat tu sebab aku tahu ubat tu pedih.
Ayah selalu offer ubat tu bila cik ulcer ni datang tapi memang aku tak nak pakai.
Tapi kali ni aku nekad. Aku nak cik ulcer ni pi jauh-jauh.
Sebab aku rindu nak makan pedas-pedas. T_T

Nasib baik lah sakit tu hilang kejap masa exam shortcase hari selasa tu.
Alhamdulillah....
Kalau tak..tak tau la macam mana nak buat running commentary waktu buat physical examination.
Silap2 comment on findings sambil menangis. Kesian patient. Dah la tengah sakit contraction, silap2 terkeluar baby dia tengok aku menangis dekat situ.
Hahahaha..
Tapi bila habis je shortcase, sakit tu datang balik.
Haihh...sabar je lah..

My true friend for this time being. heh



Family Planning

Assalamualaikum.....

Bila dah masuk posting O&G ni memang tak sah la kalau tak belajar pasal contraception.
Masa pre-clinical dulu, topik Contraception la yang paling aku tak suka.
Seriously, banyaaakkk gila drugs nak kena ingat.
Dalam otak aku dah set siap2, lecture note Contraception ni paling last aku baca untuk exam nanti.
Hehehehehe..
Bukan aku tak cuba nak faham masa lecture, tapi memang tak boleh nak masuk langsung.
Adehh...
Aku rasa Dr Isa dah bagi lecture dengan cara yang paling best, tapi still otak aku tak boleh nak digest.
T_T

Bila dah masuk clinical year ni, lagi2 posting O&G memang terpaksalah aku menghadap lagi topik ni.
Nak tak nak kena belajar jugak.
Macam mana?
Study group.
Alhamdulillah...sangat2 membantu lagi-lagi orang yang present tu sangat pandai explain each of the drugs and contraceptive menthods.
Thanks to Pak Lah.
Hehehehe.
Nope. He is not that 'PAK LAH'.. Ni 'Pak Lah' versi medical school punya.
Hahahaah..

Nota2 dia sangat best. Siap lukis gambar lagi. Ni yang buat aku rasa nak upgrade lagi nota2 aku yang mendatang nanti.
Ditambahkan lagi dengan lecture by Prof Harlina, bertambah paham aku pasal topik ni.
Thanks to Prof sebab bagi lecture yang sangat2 santai.
Alhamdulillah sebab Allah izinkan aku untuk digest benda nie.. :')

So, bila dah belajar...mesti lah nak kena praktikkan, betul tak?
Mangsa aku tak lain tak bukan...ibuku yang tercinta!!!
Hehehe..
Sebab aku yakin ibu banyak pengalaman setelah melahirkan 5 orang anak yang sangat lah hyperactive.
Kecuali aku. Heee.. (Perasan lebih)

1991 - Ibu & ayah get married

1992 - Baby girl (Me lah..)
1993 - Baby boy (Zulhilmi aka Hantoo)
1994 - Baby boy (Zuhaily aka Uda)
1996 - Baby boy (Zuhairi aka Achik)
2003 - Baby girl (Athirah)

You see, jarak between me and Hantoo setahun je. Then, between Hantoo dengan Uda pun setahun jugak.
Hurm....these make me think...
Prof Har cakap, supposedly, good family planning kena spacing dua tahun.
Sebab?
Sebab, kebanyakan second child yang born a year after the first child akan mengalami "Second Child Syndrome" .
Syndrome ni sebenarnya happened sebab most of the first-time parents are not ready yet for the second child.
Yelah...anak sulung baru setahun, tak hilang lagi penat berjaga malam nak bagi susu bagai tiba-tiba
dapat tahu pregnant for the second time.
Tak ke haru tu?
Tapi rezeki Allah yang bagi kan..
We people can always plan our future but Allah will decide the best for us.
Yup. No doubt.

Some parents memang plan nak ada anak every year and it is okay with me sebab I'm pretty sure yang this second child will be loved by the parents wholeheartedly.
Tapi kalau yang tak plan to have another child for the time being macam mana pulak?
Kesian budak tu kan..
I've been seeing this kind of parents dalam ward.
Nak breastfeed pun macam nak tak nak je.
Kesian budak tu...
That's why....kita kena plan.

Back to my family.
So, what i did was i called my ibu to ask her about this matter.
Ceh, bunyi macam serius mengalahkan masalah minyak naik harga pulak..hahaha.
Memandangkan ibu pun bekerja dalam bidang2 kesihatan ni, lagi senang la perbualan aku dengan ibu.

Hasilnya?
Hurm....ibu cakap arwah nenek aku sebelah ayah yang tak bagi plan.
Arwah nenek cakap, bersalin lah banyak2.
Biar ramai anak.

Then, i asked ibu this "Amy (Hantoo) tu ada second child syndrome tak ibu?" I was curious at that time. Dah lah berborak sambil memanjat tangga yang gila banyak tu.
Dah tercungap2 aku cari oxygen.
Ibu gelak je. Ceh! I was hoping to hear "Ada lah sikit.." Hahahahahaha.
Kejam gila kakak dia.
Then ibu cerita lagi, lepas give birth to Uda, ibu ada pakai IUCD.
Waaahhh...!!
Baru ku tahu. Makin seronok 'perbincangan' aku dengan ibu sebab aku faham apa yang kiterang bincangkan.
Boleh menambahkan kefahaman dalam otak nie.
Hehehehe..

Then how about athirah?
Yang aku tahu..Athirah tu memang unexpected baby but wanted la kan.
Sebab arwah nenek kesian tengok aku sorang-sorang anak perempuan dalam family.
Masa ibu dengan ayah buat haji dengan arwah atuk & nenek, ibu ada cerita yang
arwah nenek berdoa depan Kaabah mintak ibu pregnant anak perempuan.
Biar aku ada kawan.. :')
Terharu aku.. :')

Athirah pun lahir..well, she is the only child in our family yang lahir dekat JB.
4 of us lahir dekat Muar okay...
Memang adalah keserasian antara aku dengan Muar ni.
Heheheeh..
So?
Tercapai ke hasrat arwah nenek? Biar aku ada kawan?
Hurm..aku pun tak tahu..
Sebab jarak aku dengan Athirah 11 tahun kot.
Aku lah yang kena tukar pampers dia. Bagi makan. Mandikan.
Sebab ibu kerja. So, aku lah yang jadi baby sitter dia.
Bila dah besar sikit ni..
Nak ajak dia hopping pun kurasakan malas. Dia bukannya tahu apa yang aku suka kan?
Tapi kalau bab2 drama & artis2 memang aku jadikan dia sebagai tempat aku bercerita.
Aku suka ajak dia tengok video2 KPOP.
Hahahaha..
Seriously, aku bagi pengaruh buruk kat dia. Heh.
Dulu, aku yang selalu ajak dia tengok Running Man dekat astro.
Siap ajar dia lagi macam mana nak rekod dalam astro tu.
Hahaahaha..
Sekarang ni aku dah malas nak layan, dia yang layan sorang-sorang.
Hehehehehe..

Sekarang?
Alhamdulillah....makin sihat aku tengok adik aku yang seorang ni.
Infact, she is much bigger than me now.
Aku segan nak bergambar dengan dia sebab we are about the same height.
Cuma saiz badan je yang beza.
Aku ni nama je anak sulung, tapi I'm the smallest in my family.
I was told yang aku dilahirkan IUGR.
Intrauterine Growth Restriction.
Sebab ibu was having hyperemesis gravidarum atau nama lainnya morning sickness yang sangat teruk.
Yelah...dah sampai 8 bulan pregnant pun still muntah2 lagi.
Kesian ibu.
Ayah pernah cerita, masa ibu pregnantkan aku, ibu suka makan piza.
Tu yang sekarang ni aku suka gila piza. Hehehe..
Berat aku masa lahir 2.1 kg je. Dah sama saiz dengan botol kicap. Itu ayah yang cakap.
Hehehehehe..
Aku kadang2 suruh Athirah dukung aku dari hall ke dapur.
Sengaja menguji kenaikan berat badan selain menggunakan penimbang.
Kalau dia tak boleh nak dukung tu maknanya aku dah gemuk la tu..

Ni 3 ekor budak laki. left; Uda, Hantoo, Achik.

Uda. Orang cakap muka ala2 remy ishak. tang mana entah aku pun tak tahu.

Achik. Sorry bro. Aku curik kat fb kau. Hee

Athirah in black jubah. This is the latest pic of her that i curik from fb.


Latest pic of Uda (middle). Also curik form his account.