total pages view~

Saturday 5 October 2013

On-Call!

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Sebab sejak start real posting ni memang asyik duduk dalam wad dari pagi sampai ke petang.
Then, malam sampai pukul 10pm.
Tak kisah la ada patient ke tidak dekat bed yang aku kena cover tapi sehari
kalau tak pergi wad rasa macam tak betul.
Hati rasa resah semacam.
Hehehe..

Second week posting dah dapat jadual on-call.
Masa mula2 aku dapat jadual on-call tu rasa berat hati sesangat.
Sebabnya...
#1 : dalam group tu aku takda kawan. (alasan)
#2 : on-call aku ada yang kena hari sabtu. (aiseh..)

Tapi bila dah sekali pergi on-call kat labour room, memang aku nak pergi hari2.
Hahahaha..
Seronok la duduk lama2 dalam labour room tu.
Tengok baby yang fresh. Wangi~~~
Macam-macam ragam la dalam labour room tu.

Tapi setakat ni aku pergi, patient yang aku jaga tu tak banyak kerenah.
Alhamdulillah...
Waktu contractions takde pulak terjerit2 macam dalam drama yang aku selalu tengok tu.
Hahahaa..
Drama la katakan...
Jauh sangat beza dengan realiti.
Laju je baby keluar.

Masa first time aku tengok normal delivery tu, memang sebak gila..!
Sebak bila tengok baby tu keluar senang je.
Patient tu ucap "Allahuakbar..masya Allah.." lepas baby tu keluar.
Ya Allah....rasa nak menangis time tu jugak.
Tapi for sure la kena cover, nanti ada yang kena marah dengan midwife nanti.
Hahaha..
Waktu yang paling aku rasa bahagia sangat bila aku cover bed waktu malam dekat wad.

Aku tengah buat TPR round masa tu dengan kawan2 lain.
TPR round tu kita kena amek patient punya blood pressure, pulse rate dengan temperature.
Bila tiba dekat katil patient yang aku jaga kat labour room tu macam biasa la..
Introduce then tanyalah sihat ke tidak..
Aku memang tak expect yang patient tu akan ingat aku.
Yela..punyalah ramai medical students dalam wad. Tak masuk yang final year punya lagi..
Memang ramai..
Tapi lain pulak jadinya..
Patient tu cakap " Farhana yang teman akak dalam labour room siang tadi kan?"
Aku senyum sampai ke telinga masa tu..
Hahahaha...!!
Suka! Suka! Suka!
Aku cakap " A'ah..saya dengan akak siang tadi. Saya tengok akak bersalin.."
Patient : Akak tak tahu macam mana akak boleh survive dalam labour room tadi.. (senyum)

Bahagia bukan main masa tu.. hehehehe..
Seronok tau bila orang ingat kita.
Perasaan tu jadi lain.
Then next patient pun sama jugak.
Dia ingat aku even aku tak sempat nak teman dia sampai dia bersalin.
Sebab masa tu dah maghrib, aku kena bersiap lagi sebab ada meeting.
Seronok patient tu bercerita macam mana dia bersalin.
Aku pun seronok dengar.
Bahagia lagii...!!!

Lepas ni nak try masuk operation theater pulak la.
Nak tengok cesarean  section.
:)



No comments:

Post a Comment