total pages view~

Thursday, 14 November 2013

Oh Ulcer!

Assalamualaikum..

Seminggu duduk rumah kali ni memang aku jarang minum air.
Menghabiskan masa dengan mengunyah coklat-coklat yang ada dalam fridge.
Kadang-kadang dalam sehari tu aku boleh habiskan 2 ke 3 coklat Cabury yang size besar tu.
Hahahaha.
Dah memang dasar hantu coklat. Memang tak boleh nak berhenti la.
Balik rumah, benda pertama aku cari. Coklat Cadbury.
Alhamdulillah ibu memang sangat memahami anak perempuan dia yang sorang ni memang
hantu coklat.
Tiap kali balik je memang dah ada stock coklat dalam fridge.

Disebabkan kurang minum air, best friend yang dah lama aku tinggalkan dulu kini datang kembali.
Rindu katanya. Okay. That's weird sebab dia ni bukan homo sapien macam aku.
Cik Ulcer datang melawat.
Menyampah aku la 'tetamu' datang tak diundang ni. (okay. aku dah terikut cara cik liza membebel.)
Kali ni sikit punya besar dia singgah dekat pangkal lidah aku.

Terpaksa aku menahan nafsu makan sejak Isnin hari tu.
Makan bubur je.
Aku memang tak pernah makan bubur sejak form 4.
Sejak McDonald kena banned.
Sebab banyak2 bubur, aku cuma makan bubur ayam McD je..
Sedih gila hidup.

Tapi boleh tahan jugak la bubur kat kafe kolej ni.
Cuma tak pedas.
So, aku pergi la beli sambal sotong. Gatal sangat nak beli.
Pergh...terliur aku tengok. Padahal tengah puasa hari tu.
Puasa pun sebab bukannya aku boleh makan sedap-sedap pun waktu lunch.
Silap2 minum susu kotak je.
Baik puasa kan?
Dapat jugak pahala.. heee

Bukak puasa dengan bubur plus sambal sotong.
Gaul sambal dalam bubur sampai sebati. Memang kecur aku tengok bubur tu.
Masuk je mulut.........mak aihhh...nak menangis aku.
Sakit gila....
Ni sakit tahap gaban ni.. Dah aku kemam je bubur tu dalam mulut.
Nak telan ke tak nak?
Telan nanti lagi sakit sebab lidah tu confirm2 la berlaga dengan gigi.
Adehh..
Mengenangkan perut yg dah berkeroncong dari subuh tadi, aku telan jugak.
Sakit yang tak terkata .T_T
Agak-agak dalam 40 minit jugak la aku nak menghabiskan semangkuk bubur tu.
Nak buang sayang.
Kalau kat rumah, tak habis boleh bagi ayam2 itik2 kat belakang rumah tu makan.
Takdelah terasa membazir sangat.

Isnin makan bubur.
Selasa pun makan bubur.
Rabu tak puasa sebab tak tahan sangat. Pergi beli Bonjela kat farmasi.
Sebelum ni memang tak pernah pakai ubat tu sebab aku tahu ubat tu pedih.
Ayah selalu offer ubat tu bila cik ulcer ni datang tapi memang aku tak nak pakai.
Tapi kali ni aku nekad. Aku nak cik ulcer ni pi jauh-jauh.
Sebab aku rindu nak makan pedas-pedas. T_T

Nasib baik lah sakit tu hilang kejap masa exam shortcase hari selasa tu.
Alhamdulillah....
Kalau tak..tak tau la macam mana nak buat running commentary waktu buat physical examination.
Silap2 comment on findings sambil menangis. Kesian patient. Dah la tengah sakit contraction, silap2 terkeluar baby dia tengok aku menangis dekat situ.
Hahahaha..
Tapi bila habis je shortcase, sakit tu datang balik.
Haihh...sabar je lah..

My true friend for this time being. heh



Family Planning

Assalamualaikum.....

Bila dah masuk posting O&G ni memang tak sah la kalau tak belajar pasal contraception.
Masa pre-clinical dulu, topik Contraception la yang paling aku tak suka.
Seriously, banyaaakkk gila drugs nak kena ingat.
Dalam otak aku dah set siap2, lecture note Contraception ni paling last aku baca untuk exam nanti.
Hehehehehe..
Bukan aku tak cuba nak faham masa lecture, tapi memang tak boleh nak masuk langsung.
Adehh...
Aku rasa Dr Isa dah bagi lecture dengan cara yang paling best, tapi still otak aku tak boleh nak digest.
T_T

Bila dah masuk clinical year ni, lagi2 posting O&G memang terpaksalah aku menghadap lagi topik ni.
Nak tak nak kena belajar jugak.
Macam mana?
Study group.
Alhamdulillah...sangat2 membantu lagi-lagi orang yang present tu sangat pandai explain each of the drugs and contraceptive menthods.
Thanks to Pak Lah.
Hehehehe.
Nope. He is not that 'PAK LAH'.. Ni 'Pak Lah' versi medical school punya.
Hahahaah..

Nota2 dia sangat best. Siap lukis gambar lagi. Ni yang buat aku rasa nak upgrade lagi nota2 aku yang mendatang nanti.
Ditambahkan lagi dengan lecture by Prof Harlina, bertambah paham aku pasal topik ni.
Thanks to Prof sebab bagi lecture yang sangat2 santai.
Alhamdulillah sebab Allah izinkan aku untuk digest benda nie.. :')

So, bila dah belajar...mesti lah nak kena praktikkan, betul tak?
Mangsa aku tak lain tak bukan...ibuku yang tercinta!!!
Hehehe..
Sebab aku yakin ibu banyak pengalaman setelah melahirkan 5 orang anak yang sangat lah hyperactive.
Kecuali aku. Heee.. (Perasan lebih)

1991 - Ibu & ayah get married

1992 - Baby girl (Me lah..)
1993 - Baby boy (Zulhilmi aka Hantoo)
1994 - Baby boy (Zuhaily aka Uda)
1996 - Baby boy (Zuhairi aka Achik)
2003 - Baby girl (Athirah)

You see, jarak between me and Hantoo setahun je. Then, between Hantoo dengan Uda pun setahun jugak.
Hurm....these make me think...
Prof Har cakap, supposedly, good family planning kena spacing dua tahun.
Sebab?
Sebab, kebanyakan second child yang born a year after the first child akan mengalami "Second Child Syndrome" .
Syndrome ni sebenarnya happened sebab most of the first-time parents are not ready yet for the second child.
Yelah...anak sulung baru setahun, tak hilang lagi penat berjaga malam nak bagi susu bagai tiba-tiba
dapat tahu pregnant for the second time.
Tak ke haru tu?
Tapi rezeki Allah yang bagi kan..
We people can always plan our future but Allah will decide the best for us.
Yup. No doubt.

Some parents memang plan nak ada anak every year and it is okay with me sebab I'm pretty sure yang this second child will be loved by the parents wholeheartedly.
Tapi kalau yang tak plan to have another child for the time being macam mana pulak?
Kesian budak tu kan..
I've been seeing this kind of parents dalam ward.
Nak breastfeed pun macam nak tak nak je.
Kesian budak tu...
That's why....kita kena plan.

Back to my family.
So, what i did was i called my ibu to ask her about this matter.
Ceh, bunyi macam serius mengalahkan masalah minyak naik harga pulak..hahaha.
Memandangkan ibu pun bekerja dalam bidang2 kesihatan ni, lagi senang la perbualan aku dengan ibu.

Hasilnya?
Hurm....ibu cakap arwah nenek aku sebelah ayah yang tak bagi plan.
Arwah nenek cakap, bersalin lah banyak2.
Biar ramai anak.

Then, i asked ibu this "Amy (Hantoo) tu ada second child syndrome tak ibu?" I was curious at that time. Dah lah berborak sambil memanjat tangga yang gila banyak tu.
Dah tercungap2 aku cari oxygen.
Ibu gelak je. Ceh! I was hoping to hear "Ada lah sikit.." Hahahahahaha.
Kejam gila kakak dia.
Then ibu cerita lagi, lepas give birth to Uda, ibu ada pakai IUCD.
Waaahhh...!!
Baru ku tahu. Makin seronok 'perbincangan' aku dengan ibu sebab aku faham apa yang kiterang bincangkan.
Boleh menambahkan kefahaman dalam otak nie.
Hehehehe..

Then how about athirah?
Yang aku tahu..Athirah tu memang unexpected baby but wanted la kan.
Sebab arwah nenek kesian tengok aku sorang-sorang anak perempuan dalam family.
Masa ibu dengan ayah buat haji dengan arwah atuk & nenek, ibu ada cerita yang
arwah nenek berdoa depan Kaabah mintak ibu pregnant anak perempuan.
Biar aku ada kawan.. :')
Terharu aku.. :')

Athirah pun lahir..well, she is the only child in our family yang lahir dekat JB.
4 of us lahir dekat Muar okay...
Memang adalah keserasian antara aku dengan Muar ni.
Heheheeh..
So?
Tercapai ke hasrat arwah nenek? Biar aku ada kawan?
Hurm..aku pun tak tahu..
Sebab jarak aku dengan Athirah 11 tahun kot.
Aku lah yang kena tukar pampers dia. Bagi makan. Mandikan.
Sebab ibu kerja. So, aku lah yang jadi baby sitter dia.
Bila dah besar sikit ni..
Nak ajak dia hopping pun kurasakan malas. Dia bukannya tahu apa yang aku suka kan?
Tapi kalau bab2 drama & artis2 memang aku jadikan dia sebagai tempat aku bercerita.
Aku suka ajak dia tengok video2 KPOP.
Hahahaha..
Seriously, aku bagi pengaruh buruk kat dia. Heh.
Dulu, aku yang selalu ajak dia tengok Running Man dekat astro.
Siap ajar dia lagi macam mana nak rekod dalam astro tu.
Hahaahaha..
Sekarang ni aku dah malas nak layan, dia yang layan sorang-sorang.
Hehehehehe..

Sekarang?
Alhamdulillah....makin sihat aku tengok adik aku yang seorang ni.
Infact, she is much bigger than me now.
Aku segan nak bergambar dengan dia sebab we are about the same height.
Cuma saiz badan je yang beza.
Aku ni nama je anak sulung, tapi I'm the smallest in my family.
I was told yang aku dilahirkan IUGR.
Intrauterine Growth Restriction.
Sebab ibu was having hyperemesis gravidarum atau nama lainnya morning sickness yang sangat teruk.
Yelah...dah sampai 8 bulan pregnant pun still muntah2 lagi.
Kesian ibu.
Ayah pernah cerita, masa ibu pregnantkan aku, ibu suka makan piza.
Tu yang sekarang ni aku suka gila piza. Hehehe..
Berat aku masa lahir 2.1 kg je. Dah sama saiz dengan botol kicap. Itu ayah yang cakap.
Hehehehehe..
Aku kadang2 suruh Athirah dukung aku dari hall ke dapur.
Sengaja menguji kenaikan berat badan selain menggunakan penimbang.
Kalau dia tak boleh nak dukung tu maknanya aku dah gemuk la tu..

Ni 3 ekor budak laki. left; Uda, Hantoo, Achik.

Uda. Orang cakap muka ala2 remy ishak. tang mana entah aku pun tak tahu.

Achik. Sorry bro. Aku curik kat fb kau. Hee

Athirah in black jubah. This is the latest pic of her that i curik from fb.


Latest pic of Uda (middle). Also curik form his account. 


Friday, 18 October 2013

Aidiladha ^_^

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlalu lambat kot nak ucapkan Salam Aidiladha.
Maaf zahir & batin..

Kali ni aku beraya dekat KL. Tak balik Muar pun.
Sebab?
Department O&G tak bagi cuti lebih2. Cukuplah sehari tu cuti.
Hahaha..
Sadis jugak sebenarnya bila dapat tahu department tak bagi cuti macam department Surgery,
Internal Medicine dengan JKM.
Tapi, at the same time aku rasa macam special sikit.
Sebab tak semua boleh terima kenyataan tak boleh beraya dekat kampung.
Hehehe.
Alhamdulillah sebab aku tak meroyan kat Cheras ni.
Mungkin sebab aku bukan jenis yang nak beraya sakan.
Mungkin sebab aku tahu kalau time raya je kena jumpa sepupu sepapat sana which i don't really enjoy it.
Itulah masalahnya.
Aku tak suka berada dekat tempat-tempat yang ramai orang. Lagi-lagi kalau orang kenal aku.
Janganlah...

So?
Pengalaman beraya dekat kolej tercinta ni?
Boleh tahan la even takde ketupat , rendang dengan sayur lodeh di pagi raya.
Takpe!
Aku tak kisah benda tu semua as long as tak beraya dekat wad merah..
Hehehehe..

Pagi-pagi tu dalam pukul 8am, kami ke Surau Al-Mustaqimah.
Hurm...frankly speaking ni first time aku solat Aidiladha..selalunya solat Aidilfirti je bila dekat kampung.
Sebab?
Takkk tahuu lerr..
So, for sure la aku excited nak gi solat ni kan.
Pagi tu memang aku tak plan nak pakai baju kurung pun.
Aku pakai blaus dengan skirt labuh.
Hahah..sengaja cari pasal la tu.
Warna hitam pulak tu. Nasib baik tudung warne pink..

Pagi tu masa on the way ke surau, Liza tanya aku "Berkabung ke Fana?"

Hahaha...aku gelak je la..
Tak terasa nak pakai baju kurung hari tu.

On the way ke surau.

Baru aku tahu hari tu macam mana nak solat aidiladha..perghhh..
Dah tua macam ni pun tak tahu lagi..maluuu..!
So, ada hikmah la kan aku beraya dekat Cheras ni.
Kalau aku beraya dekat kampung, belum tentu hati ni tergerak nak ikut solat..
Alhamdulillah..

Lepas solat, ingat nak tengok lembu-lembu kena sembelih dekat kolej,
tapi sampai-sampai je tengok lembu-lembu semua dah tumbang dah.
Adehh..melepas..hahaha
So, after that, cari makan laaa...
Hehehe..

Aku sanggup drive ke KL semata-mata nak cari makan.
At last, makan dekat Chicken Rice Shop dekat Festival City.
Ambik kau..jauh aku drive. Hahaha..

Aku tak berapa nak suka nasi ayam dia sebab tak kena dengan selera aku.
So, aku order Kari Laksa.. Hurm..okay la kot sebab aku memang tak pernah makan kari laksa sebelum ni.
Dalam pukul 1pm tu baru kami gerak balik Cheras.
Babai KL..!

Petang tu entah kenapa terajin pulak nak ke ward.
Ambik kau...
Ramai gila pelawat! Semua berbaju melayu dengan sampin bagai..
Fuhh...boleh tahan jugak ni.
Ada Dr houseman nampak kami dekat ward.
Dia tanya " Kenapa you guys rajin sangat datang ward ni..?"
Kami sengih je la..
Hahaha.
Lepas maghrib baru nampak muka2 students..
Tu memang dah kebiasaan la nampak student malam-malam.

So, lepas ni bila waktu cuti tu jangan datang ward.
Datang labour room je la kot..
Hehehe..

Ni malam raya ni. Shoping dekat Sogo. Haha!

Snap lagi lepas solat. :)

Makan time..! Ok, muka aku sangat pelik.








Saturday, 5 October 2013

Malaysia Book Of Records

Assalamualaikum..

Semalam aku ke UKM Bangi sebab ada Senam Tari 1 Malaysia.
Senam tari ni dia buat 36 jam tanpa henti sempena Malaysia Book Of Record ni la.
Cool kan?
Hehehe.



Senam tari mula 5 oktober. Habis 6 oktober.
From what i know, senam tari ni start around 8.30am yesterday.
Semua kolej hantar wakil.
Termasuklah kolej aku sekarang ni. Kolej Tun Dr Ismail.
Kami ada 120 students yang join and divided into 6 groups.
Each group akan perform on stage for about 30 minutes.
KTDI punya turn started at 1.30am from group A.
Aku punya group B, started at 2.30am sebab in between tu ada group from other college yang akan perform.

Masa mula2 dapat tahu yang kami akan perform around THAT hour, aku rasa macam nak pengsan.
Huhuhu..mengenangkan waktu tidur ku..!
Kami ke UKM Bangi tu pakai kereta kawan.
Sebab kalau naik bas dengan students lain, kena stay sana sampai 8.30am sebab group F perform during that hour.
Tak nak aku menunggu kat sana.
Baik balik. Tidur.

Masa perform tu kena pakai baju yang dia bagi..
Warna biru which aku memang tak suka color biru.
Tapi pakai je la..
Nak seragam katanya.
Memang ada banyak la booth dekat luar dewan tu.
Ada coffee corner. Hahahaha..cool gila!
Free of charge pulak tu.
Tapi aku tak ambil, minum sikit dari kawan punya.
Sebab kalau minum coffee, memang aku kerap ke toilet la..
Sebab increase of micturition.
Hehehehe..
Tak nak aku nanti in the middle of performing tu tiba2 nak ke toilet.

Lepas habis perform, kami kena tandatangan satu buku then ambil sijil.
Lepas tu.
Terus cabut balik kolej. Hehehe..

Dekat foyer DECTAR. From left; Zati, Farah, Me

Medical students yang join senam tari.

Gambar ni snap pukul 4am. Baru sampai kolej. HAHA




On-Call!

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Sebab sejak start real posting ni memang asyik duduk dalam wad dari pagi sampai ke petang.
Then, malam sampai pukul 10pm.
Tak kisah la ada patient ke tidak dekat bed yang aku kena cover tapi sehari
kalau tak pergi wad rasa macam tak betul.
Hati rasa resah semacam.
Hehehe..

Second week posting dah dapat jadual on-call.
Masa mula2 aku dapat jadual on-call tu rasa berat hati sesangat.
Sebabnya...
#1 : dalam group tu aku takda kawan. (alasan)
#2 : on-call aku ada yang kena hari sabtu. (aiseh..)

Tapi bila dah sekali pergi on-call kat labour room, memang aku nak pergi hari2.
Hahahaha..
Seronok la duduk lama2 dalam labour room tu.
Tengok baby yang fresh. Wangi~~~
Macam-macam ragam la dalam labour room tu.

Tapi setakat ni aku pergi, patient yang aku jaga tu tak banyak kerenah.
Alhamdulillah...
Waktu contractions takde pulak terjerit2 macam dalam drama yang aku selalu tengok tu.
Hahahaa..
Drama la katakan...
Jauh sangat beza dengan realiti.
Laju je baby keluar.

Masa first time aku tengok normal delivery tu, memang sebak gila..!
Sebak bila tengok baby tu keluar senang je.
Patient tu ucap "Allahuakbar..masya Allah.." lepas baby tu keluar.
Ya Allah....rasa nak menangis time tu jugak.
Tapi for sure la kena cover, nanti ada yang kena marah dengan midwife nanti.
Hahaha..
Waktu yang paling aku rasa bahagia sangat bila aku cover bed waktu malam dekat wad.

Aku tengah buat TPR round masa tu dengan kawan2 lain.
TPR round tu kita kena amek patient punya blood pressure, pulse rate dengan temperature.
Bila tiba dekat katil patient yang aku jaga kat labour room tu macam biasa la..
Introduce then tanyalah sihat ke tidak..
Aku memang tak expect yang patient tu akan ingat aku.
Yela..punyalah ramai medical students dalam wad. Tak masuk yang final year punya lagi..
Memang ramai..
Tapi lain pulak jadinya..
Patient tu cakap " Farhana yang teman akak dalam labour room siang tadi kan?"
Aku senyum sampai ke telinga masa tu..
Hahahaha...!!
Suka! Suka! Suka!
Aku cakap " A'ah..saya dengan akak siang tadi. Saya tengok akak bersalin.."
Patient : Akak tak tahu macam mana akak boleh survive dalam labour room tadi.. (senyum)

Bahagia bukan main masa tu.. hehehehe..
Seronok tau bila orang ingat kita.
Perasaan tu jadi lain.
Then next patient pun sama jugak.
Dia ingat aku even aku tak sempat nak teman dia sampai dia bersalin.
Sebab masa tu dah maghrib, aku kena bersiap lagi sebab ada meeting.
Seronok patient tu bercerita macam mana dia bersalin.
Aku pun seronok dengar.
Bahagia lagii...!!!

Lepas ni nak try masuk operation theater pulak la.
Nak tengok cesarean  section.
:)



Saturday, 21 September 2013

Hari Interaksi and...

Assalamualaikum..

Actually, i just got back from KTSN.
Yup..we had a dinner actually there for the medical students.
Aku datang sebab adik buddy pujuk datang.
Rindu katanya...hehehe..
And I can meet my brother too. Kiranya sambil menyelam minum air laa..

Me and my bro. Yeah, he is much taller than me.


After reciting doa and enjoying our meals, first year medical students kena cari buddy masing2.
Each of them ada dapat satu belon, and inside that balloon ada gambar buddy diaorang.
Masa aku mula2 dengar instruction dari MC tu, aku rasa bengang pulak.
Kesian budak first year.
First year students kena cari buddy diaorang (second year students) within about 3 minutes.
Within 3 minutes tu ada lagu yang dimainkan. So, once the song stopped, kira failed la for those yang tak dapat jumpa buddy.
Kejam tak?
Mungkin aku takkan rasa geram if my brother was not there.
Mungkin.
Yeah. I admit that I'll become emotional when it comes to my brother.
Siapa tak sayang adik kan..?
Betul tak?

Unfortunately my brother failed his task.
Bertambah2 la geram aku kat budak second year ni.
Aku cakap dalam hati, once aku jumpa buddy adik aku ni, aku nak brainwash habis2.
Sabar je la...
First year students yang failed kena naik atas stage doing chicken dance & some cheers.
My brother saw me up from the stage as I was sitting right in front of the table.
Mustahil dia tak nampak..
And I was sure that dia sangat3 malu at that time. He kept standing behind his other friends.
Tried to hide his face from me.
Sedih pulak tengok dia ni.

But later on bila MC sebut nama buddy dia, I was so relieve.
Sangat lega.
Sebab buddy dia boleh dipercayai. Tengok muka macam baik. Terus tak jadi nak brainwash.
He seems nice.
Aku takut dia dapat buddy yang tak boleh dipercayai..

Then, we had lucky draw tapi seniors tak join la..
Kecewa jugak aku tapi diamkan je la..
Tengok je.
Then ada performance from first year & second year medical students.
It was fun. I really enjoyed the performances especially the one performed by first year students.
Second year?
Hahaha... I didn't watch it as I was outside the hall at that time.

My adik buddies. Hehehe. From left; Fatin Alia, Amira, Alia, me. 

First year students' performance. Gambar tak cantik pulak. Maaf.


Masa nak balik tu, aku perasan pagar kolej KTSN ni bertutup.
Pelik aku.
Then, aku nampak 4 orang guards ni macam tengah bergurau kat luar pagar tu.
Sebab nampak macam tengah menggeletek seseorang.
Rupa2 nyaa........

Diaorang tengah bergelut dengan seorang lelaki berbaju merah.
Nampak macam pendatang asing. Macam dari Indonesia.
Laki indon tu siap pegang kayu lagi.
The 3 guards were struggling with the red shirt man while another guard was trying to grab his kayu.
Macam baseball punya bat.
Gila tak gila?
Aku punyalah takut masa tu.
Just imagine what if this guy escaped from these guards?
Aku takut dia akan serang students yang still ada dekat hall.
BAHAYA WEI..!!!
Alhamdulillah after 10 minutes of struggling, the red shirt man was captured.
Dua orang guard duduk atas laki indon tu dengan tangan berlipat ke belakang.
Then, baru la guard lain bagi kami keluar.
Seriously takuttt...!!!
I was hoping that the red shirt guy will be jailed for a long time.
Tak pun tembak je!
Hahaaha..
Menyusahkan je. I believe that the red shirt man is a drug addict.
Dekat sebelah kolej tu memang ada bangunan yang usang sangat. Dah lama sangat tinggal and ramai penagih dekat situ.
Memang dah banyak kali kes curi jadi kat kolej tu but this is the first time for me to watch 5 men struggling.
Baru terasa kepentingan guard2 yang ada kat kolej.
Terima kasih!

Friday, 20 September 2013

PPD Camp!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah minggu depan dah start real posting.
Takut sebenarnya sebab posting O&G.
Baru-baru ni aku ada kem PPD.
PPD? Perempuan-perempuan Dominant??
Hahahaha..
Bukan2..
PPD tu macam professional development..macam tu la..
Nak bagi kami ni ada nilai2 yang baik as a doctor soon.

Kem tu 3 hari 2 malam. dekat Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Seremban.
Actually, masa first year dulu pun ade kem PPD ni and buat kat tempat yang sama jugak.
Overall, kem ni sangat best tapi sangat penat..
Jadual program memang sangat2 pack.
Sakit kepala tu memang hari2 la sebab tak cukup tidur.
Haaa...aku bila dah sakit kepala mula la nak moody2 bagai.
Maaf sangat kepada siapa2 yang terkena tempias nya..

Banyak jugak yang aku belajar kat sana.
Paling penting macam mana nak tingkatkan self-confidence.
Aku ni tahap keyakinan tu kejap OK, kejap KO.
And...i've learnt to listen and accept critics from friends and doctors.
Memang takda shouting-shouting bagai tapi ayat seriously sentap habis.
Aku terpaksa tebalkan muka and....keep smiling.
And I told myself... "Ini baru doktor cakap lembut2, kalau ini pun aku tak boleh nak tahan, macam mana nak handle masa real posting nanti.."

Alhamdulillah...takda setitik air mata pun yang jatuh depan doktor2 tu..
Hahaha...tapi hati sentap la..
I really need to take it positively.
Kalau negative, memang agak susah nak survive.

Masa hari terakhir ada majlis penutup dengan White Coat Ceremony.
Masa white coat ceremony tu memang sebak kot.
Prof Har wakil parents kami..kira nya macam menyerahkan kami to all the doctors to teach and educate us.
Masa tu doctor2 yang ada pakaikan white coat untuk ketua kumpulan.
Kami yang tak jadi ketua ni pakai sendiri2 ler..hehe..

Tapi seriously ucapan Prof Har memang buat aku nak menangis kat situ jugak.
Banyak kali jugak la bergenang air mata ni tapi aku control..jangan bagi jatuh..
Control...control..
Ayat yang paling sedih dari prof,

"Para pengajar (the doctors) bersabarlah dengan kerenah anak2 (kami la tu) ini. Teruslah memberi dan mengajar dan memberitahu perkara yang betul walaupun pahit.."

Nak menangis!!! But...need to control..control till the end.
Habis je majlis penutup, kami lunch. Then off to Bangi.
Sebab ada Majlis Ramah Mesra dengan Timbalan Perdana Menteri.
Maaf sangat2 Tan Sri..
Ramai yang terlelap masa majlis kat Bangi tu sebab kami kepenatan yang amat.