total pages view~

Wednesday, 28 August 2013

There must be a reason

Assalamualaikum...

Dulu2 masa awal-awal isi borang UPU (kemasukan ke IPTA) ramai tanya kenapa pilih IPTA.
Kenapa tak luar negara?
Memang dah tepu sebenarnya dengan soalan2 macam tu.
Lagi2 masa kat maktab.
Most of my friends pilih nak study abroad.
Well, not for me.
Aku lebih suka stay dekat Malaysia.
It's not that aku homesick ke ape ke.
Tapi aku fikirkan iman aku.
Kuat ke iman nak study dekat sana?
Iman aku takde lah setebal mana.
Memang naik turun selalu.
Kadang2 tu turun..tak naik2.
Ini baru dekat tanah air, kalau dekat tempat orang nanti macam mana.
Sekarang ni duduk KL pun banyak sangan dugaan.
Banyak sangat.
Kadang2 tu takut iman turun.turun.dan terus turun.
Tak ke haru macam tu?

Tapi another reason is that ini semuaaaa urusan Allah.
Ade hikmah aku stay Malaysia study kat PPUKM.
Dan bukan dekat Ireland ke, India ke, Rusia ke.
Supposedly this should be the first reason kan?
Then after that baru iman.
It is related.

Another reason?
Besides my mom who used to study medicine in UKM, there is someone else.
Masa tu dekat maktab ada Hari Kerjaya (something like that).
Representatives from each university (mostly yang pernah study dekat maktab aku)
datang maktab and promoted their universities.
Even universiti luar pun ada.
Masa tu memang tabik spring la dekat senior2 yang tengah study medicine.
Rasa kagum sangat.
Masa aku duduk maktab dulu rasa sangat3 inferior dengan students lain.
Seriously hebat gila.
Aku tak tahu la macam mana aku boleh survive tapi that was the hardest time.
Kalau boleh tak nak ingat pun apa yang aku belajar......pengalaman2 kat maktab dulu.

Masa hari kerjaya tu, takda sorang pun wakil dari UKM (from seniors).
Tercari2 jugak. Takkan la takde langsung senior yang study dekat UKM.
Hampeh. Memang takde.
Aku tak nampak pun banner ke poster ke ape ke dekat dalam dewan tu
yang represent UKM.
Kecewa jugak sebenarnya. Sebab aku memang tak berminat langsung nak study luar negara.

Then, masa sesi forum, ade wakil dari UKM atas stage.
Excited! Seriously excited!
Namanya Dato' Dr Lokman Saim.
Aku memang tak kenal. Seriously. Tak kenal.
During that one hour forum, Dr Lokman sempat la jugak promote UKM.
Bertambah excited aku. Hehehe.
Even takde banner, brochure, poster nak promote UKM, aku dah puas hati.
As long as ada wakil from UKM. Cukuplah tu.. :)
I could see that tak ramai yang interested dengan UKM at that time. Aku je.

Now, alhamdulillah.....
Alhamdulillah sebab aku sekarang dalam clinical years.
Dalam masa 3 tahun dari sekarang iAllah i'll become one of the doctors graduated from UKM.
Nak malu apa kalau grad dari universiti tempatan. Kan? Kan? Kan?
We should be proud, what!



Wednesday, 21 August 2013

Update!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam ni dapat stay bilik baru!
Hahaha..serius rasa seronok sangat..
Semalam kena stay dalam ward sampai pukul 10pm sebab nak kena clerk patient.
Balik bilik, mandi, solat, terus tidur..
Nasib baik sempat bangun nak sahur..
Adehhh..kepenatan yang amat.
Padahal baru minggu klinik asas.
Belum posting betul lagi.

Hari ni dapat pergi labour room.
Dapat tengok baby yang baru lahir.
Comel!!!!
Memang agak bising sebab ade dua baby yang baru lahir. Confirm2 la menangis kan..
Tapi yang peliknya aku tak rasa irritating.
Selalunya bila dengar budak nangis lagi2 kat kedai makan memang aku rasa irritate sangat2.
Tapi tadi rasa seronok pulak..
Comel je..
Hahahaha..
Kesian dekat SN yang bagi briefing kat depan. Penat dia bercakap, tapi aku leka tengok baby..

Alhamdulillah sepanjang 3 hari masuk ward banyak sangat belajar benda baru.
Senior2 sangat3 membantu dalam ward..
Tolong ajar cara nak buat physical examination, tolong ajar macam mana nak kira itu ini..
Serius baik sangat..
Thanks a a lot!!!

Patients pun sangat3 memahami kami yang baru nak belajar ni..
Memang kekok sangat nak clerk patients.
Sebab selalunya kami clerk SP waktu pre-clinical years..
SP tu maksudnya "simulating patient". SP tu bukan patient betul tapi individu2 yang dilatih untuk berlakon jadi patient..
Kami tahu yang SP tu berlakon, jadi kami pun berlakon la..
Tapi kali nie..bukan lakonan, ni real..adehh..

Aku selalu okay je bila clerk SP, tapi bila dengan patient terus kaku.
Serius rasa berat sangat mulut nak tanya macam2.
Sebab risau patient bosan.. Dia orang kat sakit.. Mana la nak layan medical students..
Kalau SP tu, memang aku tanya je macam2.

Esok pergi klinik pulak..
Tengok macam mana Dr clerk patients kat klinik.. :)
Yeah!


Friday, 16 August 2013

Bilik Baru. Dunia Baru.

Assalamualaikum...

Rasanya memang dah lama sangat tak update blog.
Takde bende nak diceritakan..hehehe.
How was my raya?
Well, alhamdulillah plan gila menjadi..
Kami sekeluarga raya masa 1 Syawal tu je.
Raya kedua sampai keempat "beraya" dekat Port Dickson!
Hehehe..
Beraya dengan pantai, laut baagai..
Even tak lama sampai seminggu tapi alhamdulillah sangat3 sebab dapat spent holidays dengan family dekat sana..
Lama tu tak melancong dengan family. Rindu kot!

Okay.
Cukup-cukuplah pasal raya.. (raya ke??)
Sekarang ni aku dah ade dekat dalam bilik baru.
Hehehe..
Alhamdulillah dah check-in bilik dekat PPUKM.
Alhamdulillah dapat serumah dengan Zati, Ke'ah dengan Farah..
Rumah kami dekat tingkat 4 nun..
Serious penat gila naik turun tangga dengan beg yang bertimbun2.
Seriously aku pun tak tahu apa yang aku bawak.
Macam nak pindah rumah.

Ayah dengan aku bertolak dari rumah pukul 5 pagi..
Sedih tu nak tinggalkan rumah.
Adik2 tak bangun lagi.
Memang nak menangis masa tu tapi nangis dalam hati je la..
Nangis betul2 susah pulak nanti.

So far bilik baru ni okay..
Alhamdulillah sebab cukup la keperluan.
Elektrik. Air. Semua cukup walaupun bilik baru ni tak sebesar bilik masa kat KTSN dulu..
Aish..rindu pulak bilik lama..
Takpe! Lama2 nanti aku boleh la kot adapt dengan suasana bilik baru nie..

Bilik baru! 
Okay..
Bilik baru for sure la belajar benda baru kan.
Aku dapat posting Obstetric and Gynaecology (OnG).
Kecut perut aku bila tengok OnG.
Memang la cita2 nak jadi pakar OnG tapi bila dapat posting ni rasa takut pulak.
Huwaa.... cuak kot.
iAllah...Allah akan permudahkan perjalanan aku sebagai pelajar perubatan tahun 3.
Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.

Friday, 28 June 2013

Idea Gila

Assalamualaikum...

Sebelum ni ibu ade cakapa baju raya tahun ni warna kuning lembut?
Kuning?
Yup! Kuning...huwaa... dah la tak berapa nak berkenan sangat dengan warna kuning nie.
Bright sangat rasanye..


And then..............this week baru dapat tahu Tokmak takde raya nie.
Pergi umrah dengan nenek sedara..hurm....
Nampak gayanye memang tak beraya la aku kali nie.
Satu2 nye tempat kite orang sedara mara berkumpul masa raya memang kat rumah Tokmak..
Kalau tokmak takde, rumah kosong la.. means no raya for us this year. (Mungkin utk aku je kot..)

Tapi takpe!
Tiba-tiba idea gila mencurah-curah dalam otak ni..hehehehe.
Aku dengan selambanya mencadangkan satu family pergi melancong.
Mana2 lah asalkan bukan dekat Muar.. Termasuklah Johor..
Teringin nak pergi naik "banana boat". Hahahaha..
Ni semua sebab tengok Running Man la nie...Adeehh..

Gambar ni pun boleh kan? Nak letak gambar yg ada orang macam tak proper pulak.. tak tutup aurat..:)


No raya means no ketupat, no rendang, no baju raya, no duit raya..
Hahahaha..
Part katupat dengan rendang tu boleh tahan lagi..hehe.
Duit raya? Takpe!
As long as dapat pergi jauh2 dari Johor. Nak ke Pulau Kapas ke, Pulau Pangkor ke..
Mana2 asalkan dapat naik "banana boat"..
Baju raya? Takpe!
Bolehlah family kami berjimat duit..hehe...



Ibu dengan ayah nampak macam okay je..hahaha..
Macam dah dapat green light...
MACAM....
Tak confirm lagi... I.Allah jadi kot...

Lepas dah masuk clinical years nanti bila lagi la nak merasa cuti dengan family.
Sejak masuk matriks memang aku dah tak join family aku pergi melancong.
Aku ade kelas, tapi yang lain cuti..
Tahun ni nampak macam semua ade dekat rumah untuk sepanjang Ramadan yang bakal menjelang nie (ewahh..haha).
For sure la raya nanti semua ade kan? iAllah...
Hehehe..

Thursday, 27 June 2013

Oh! Oh!

Assalamualaikum...

First thing sebelum start mengarut...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Alhamdulillah sebab dapat sambung clinical years iAllah bulan 8 nanti.
Alhamdulillah sebab dapat berpuasa dekat Muar nie..hehehe..

Well, semua orang tahu kan pasal jerebu?
Paling DAHSYAT dekat Muar..
Masa kecik2 dulu, bila ada kes jerebu nie memang tak pernah nak ambil tahu.
Hahahaha..
Bila dah besar panjang macam ni la baru rasa serius jugak kes nie.

Masa kes jerebu tengah 'hot' kat paper, aku ade terbaca pasal API.
Yup! Air Pollutant Index.
Kat Muar paling teruk kot.. about 337..
Aku pun tak tahu details pasal API nie. Cukuplah kot tahu nombor2 nie..
Memang terasa sangat keterukan jerebu nie..mana taknya, sampai dalam rumah pun nampak macam blurry je..
Terkejut aku..ingat kan kabus. Pelik jugak kabus ada dalam rumah especially waktu tengah hari..
Nak drive pun takut, memang tak nampak jalan.
Habis tergendala rancangan nak gi jejalan..ngeee..
Tapi takpe, habiskan masa kat rumah pun okay jugak..
Boleh habiskan buku "The Good Father" tu..haaa...

Sebenarnya ade lagi tiga buku tak habis baca.. tak start baca pun lagi..
Adoyai...membazir betul beli bebanyak..
Tiap kali pergi kedai buku, mesti beli satu buku..
Kalau pergi kedai buku 3 kali seminggu, maknanya 3 buku dalam seminggu aku beli..
Adehhh...







**Err..nampak sangat kebosanan entry kali nie..hehehe.. maaf2.

Saturday, 1 June 2013

MBSJ

Assalamualaikum...

Dah nak final exam daah... dah nak masuk clinical years dah..
cepat betul... :)

Lesson learnt semalam...
 #1. Try to put trust on others

Aku memang susah nak percaya orang. even orang yang paling dekat pun aku susah nak percaya.
teruk kan? kalau yang rapat pun macam tu apatah lagi yang memang tak kenal..
Aku pernah sesat dalam KLIA.. bayangkan KLIA. BESAARRR kot. Sesat sebab takut/malas nak bukak mulut tanya jalan nak ke balai perlepasan. masa tu konon2 nak escort parents la kan.. last2 aku yang di-escort parents ke tempat parking. huhuhu..
seriously that was not a pleasant thing to talk about. malu pun ade jugak..

semalam? semalam aku memberanikan diri bertanya berberapa orang hamba Allah.
mase tu dalam Sunway pyramid. buat apa kat sana? haaaa...another unpleasant thing.
anyway, mula2 aku tanya pak guard nie? (pak guard ke? entah...)

aku : assalamualaikum..tumpang tanya, dari sini nak ke sunway resort macam mne eh?

PG  : (senyum bukan main laggii.. ni yang masalah nie)
 waalaikummussalam...oh..dari sini, adik tegak aja ya... nanti adik nampak dua patung gajah..( dari indon nie)

aku : oh..gajah tu sebalah mane?

PG  : gajah tu tak bergerak tau.. (sengih..) sebelah kanan..

aku : oh..terima kasih ye! (baru nak gerak nie...tetiba..)

PG  : eh, adik boleh ke jalan sorang? nak bagi nombor telefon tak? nanti saya hubungi adik..

aku : (pulak daaaahhhh....) takpe2... (terus jalan.. malu kot orang lain pandang dengan baju kurung nie. mcam mana la tak malu kalau dah masuk sampai tempat water park. org lain baju t-shirt, aku baju kurung..hehehe)

jalan punya jalan....rasa macam tak jumpa pun patung gajah tu..
aku pun masuk la satu kedai nie.. kedai jual cadar katil. ade sorang akak jaga kat kaunter..
lepas tanya jalan, akak tu cakap kena naik lagi satu tingkat.. tak ingat aku kat tingkat berapa masa tu..
memang susah sikit nak ingat jalan...

dah jejalan tu... rasa macam tak jumpa lagi nie.. pergila tanya sorang makcik cleaner ni..
makcik tu buta sebelah mata... tapi nampak kuat lagi buat kerja..

lepas tanya,, teruskan lagi perjalanan (perjalanan la sangaatt...) alhamdulillah..jumpa jugak!
hehehehe.. memang penat masa tu. jalan bukan main laju lagi.. semua benda aku langgar. hehehe.

#2. Dont expect anything from human beings

Macam dah terbalik kan dengan yang nombor satu? tadi put trust on others, yang ni jangan expect ape2 pulak.. hurm....

well, manusia nie lemah. sangat lemah. semua kekuatan tu datang dari Allah..
kite tak boleh nak expect orang faham perasaan kita, keadaan kita..
kita cuma boleh depends on Allah.. sebab Allah yang create kita, for sure la Allah knows everything pasal each of us kan?

perasaan kita. masalah kita. sakit kita. sihat kita. masa kita.
semua Allah tahu..

semalam masa tengah sesat tu memang aku berdoa dalam hati banyak2 biar Allah permudahkan urusan.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku..
Allah hantar beberapa orang nak tunjukkan aku jalan.
Allah kuatkan aku untuk bertanya.
Allah kuatkan aku untuk terus cari tempat yang aku nak pergi tu..

maaf kepada pembaca yang mungkin ade terasa hati.
maaf sebab entry kali ni macam berbelit
sebab neuron dalam otak ni pun dah haywire..hehehe



Friday, 10 May 2013

Nama dalam english

Assalamualaikum...

Pernah terfikir tak kenapa ada orang yang ada dua nama?
Contohnya macam chinese. Ada kawan aku nie nama dia Yin Yan, tapi panggil Diane.

Dulu masa darjah satu, semangat nie nak buat krja sekolah..
Masa tu buat homework bahasa inggeris..
Dalam buku tu ade dialog, kiranya aku kena isi tempat kosong la..

Dialog A: What is your name?
You : My name is ________________.

Aku blur...nama aku?
Entah macam mane boleh fikir jauh sangat mase tu..
Nak cari nama sendiri dalam bahase inggeris..

Mary? Stephanie? Julie? Qristina?

Punya la puas aku fikir..last2 tanya ibu..
Ibu tengah solat asar masa tu..
Aku duduk je la sebelah ibu..tunggu sampai ibu habis solat..

Aku tunjuk dekat ibu dialog tu..
Ibu cakap " Tulis la nama awak.."
Aku pening...mana aku tahu nama aku dalam English ape..

Aku jawab : Tapi orang tak tahu nama orang dalam BI..

Ibu dah berkerut.. mesti ibu fikir ape kena la dengan budak seorang nie..
"Mana ade dalam bahasa inggeris. nama awak tu la.." ibu cakap..
Aku pandang je la ibu...
"Nurul Farhana tu ke?"
Ibu angguk.. "Tapi dalam BI ape?" Haihh...aku nie pun satu..tak paham2 bahasa melayu..

"Nama awak dalam BM ke BI ke sama je Nurul.." ibu explain.
Ibu dah tersengih kat atas sejadah..
"Betul nie?" soal aku. tak puas hati lagi nie..
Aku cuma fikir takut salah jawapan..takut kena denda diri atas kerusi..
Tapi last2 aku tulis jugak nama aku even tak ikhlas..hehehe..

JUST WANNA WISH HAPPY MOTHER'S DAY TO MY IBU "AZLINA NOHD NOAH"
FOR  GIVING BIRTH OF SUCH COMPLICATED CHILD LIKE ME.. 
THANKS FOR BEING PATIENT WITH ME FOR THESE 21 YEARS.. 

LOVE IBU SO MUCH :)