total pages view~

Saturday, 15 March 2014

Need For Speed

Assalamualaikum...

Hari ni aku ajak housemates pergi tengok movie.
Actually aku plan nak tengok cerita The Journey tu.
Tapi lepas tengok trailer Need For Speed, terus tak jadi nak tengok The Journey.
Hahaha..action movie comes first. Hahaha!


The Journey.
Malaysian movie pasal family. Memang nak tengok. 
Tapi nanti dulu lah.


Frankly speaking, tengok poster movie ni memang tak menarik sangat pun bagi aku.
Sebab encik hero ni aku tak pernah tengok pulak sebelum ni.
Hehehe..
Tapi jangan judge the book by its cover atau jangan judge the movie by its poster.
Haha! Pelik.
Tengok dulu. Baru komen.

Cerita ni sangat3 best.
Aku bagi 10/10!
Serious seronok duduk dalam panggung tengok cerita ni.
Tak sangka pulak dari game boleh jadi movie haa..
Dulu masa zaman sekolah memang ni la favourite game aku.
Habis sekolah je memang berebut lah nak main play station tu dengan adik2 aku yang lain.
Pulak masa tu memang semua adik aku lelaki. Aku seorang je perempuan.
Memang terjebak sekali lah main game ni kan.
Hahaha.
Rindu nak main game ni. :')

Memang hampir sama lah concept game tu dengan movie ni.
Kena kejar dengan polis tu memang perkara biasa. Hahaha.
Tapi aku bila dah nampak polis masa main game tu terus bagi controller kat adik.
Hahaha.
Tak berani nak control dah. Nervous!



Jalan cerita sangat2 best.
Tak bosan macam dalam certain movies yang aku pernah tengok sebelum ni.
Aku tak layan sangat cerita Too Fast Too Furious.
Hurmmm..kenapa aku pun tak tau..
Bagi aku cerita tu boring. Bagi aku lah..
Mungkin sebab banyak sangat sequel kot.
Kot. Aku pun tak tahu kenapa.

Back to the main topic here.
Mainly, jalan cerita dia banyak tunjuk pasal friendship.
Friendship among the guys yang memang passionate dengan kereta.
And macam mana dia orang tolong each other. Fuh! Best!
Memang aku salute lah dengan friendship dia orang ni.
Suka! Suka! Suka! (Okay. Maaf. Gedik kejap.)


Haaa...these are the guys. 
Five of them.
Seorang mati dalam satu race yang organized by pakcik antagonist.
Yang second from right. Nama dia dalam movie ni Pete.


Ni scene yang Pete mati tu.
Habis kereta! For sure mahaall..

Kebanyakan movie yang aku pernah tengok mesti pasal this guy wants to get that girl.
In order to have that girl, kena win in a race. Macam tu laa..
And at the end that guy akan dapat jugak that girl.
Boring la kan movie macam tu.

Tapi dalam movie ni, encik hero kita (Tobey) ni nak balas dendam untuk Pete
yang mati sebab kena langgar dalam race yang pakcik antagonist ni organized.
Dia organized pun secara haram.. mana ada race yang halal kecuali race yang memang dalam track la kan.
Saje nak tengok sape lagi hebat.
Part kena langgar tu memang aku angin betul la.
Hampeh betul pakcik antagonist ni.
Geram. Serious geram.
Tak pasal2 encik hero kita kena masuk jail untuk 2 tahun.
2 tahun membazir macam tu je.
Sabar je la..


Pakcik ni lah yang langgar Pete dalam race tu.
Dengki sangat..haihh..
Nama dia aku tak hengat. Serious tak ingat. Hahaha!
Malas nak tanya pakcik google.
Dia ni aku tak pernah tengok berlakon jadi baik.
Baik pun macam tak baik je.

Banyak la scenes yang best2 dalam movie ni.
For those yang memang suka movie pasal kereta and especially yang
pernah and still main game Need For Speed ni, seriously you guys should watch this movie.
Adrenaline rush semua ada lagi2 scene last.
Scene masa race De Leon.
Ni pun sebenarnya race haram jugak haa..
Memang masa tu best sangat2!
And i'm thinking of watching this movie for the second time.
Tunggu habis short-case nanti lah.
Haha! Memang rasa nak tengok banyak kali.


Kebanyakan scenes dalam movie ni dalam kereta je.
Kereta ni la. Ford Mustang. Kot.
Frankly speaking, aku tak berapa nak berkenan sangat degan kereta ni.
Hehe. Mungkin sebab warna dia tak lawa kot.
Tapi laju tak payah cakap la. Laju gila!



Ni kereta yang Tobey guna untuk race De Leon.
Merah kot. Hahaha.
In term of speed, tak berapa nak laju la macam kereta atas tu.
Tapi cukup laju lah nak beat kereta pakcik antagonist tu.


One of the scenes masa race De Leon.

Oh! Tadi ade trailer movie X-Men yang baru dengan The Amazing Spider-man 2.
Macam best! Hahaha!

Tuesday, 4 March 2014

Wedding Yana (Rafhana)

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku rushing dari KL ke Pasir Gudang semata-mata nak
tengok kawan aku kawen.
Hahaha.
Sanggup drive ke sana sebab aku tak tau pulak jauh gila weh dari KL ke sana.
Sebab selama ni selalunya dari Muar.
Ambik kau. Cramp kaki tekan minyak.
Hehehe.
Tapi berbaloi lah jugak dapat pergi sana sebab jumpa balik
kawan-kawan sekolah dulu.
Kawan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.
Semua lain dah!
Aku je sama dari dulu.
Nerd.

Pengantin perempuan tu kawan aku.
Dari darjah satu lagi memang sekelas.
Tak sangka dah kau nak kawen yana oi!
Hahaha!

Drive dari KL dengan dua lagi kawan.
Fiza dengan Aimi. So tak mengantuk sangat la drive.
Kalau sorang2 drive, aku rasa belum tentu aku sampai JB sana.
Dengan tak ingat jalannya.
Mak aihh...
Bila dah jumpa balik kawan-kawan lama ni memang tak reti nak duduk diam la mulut ni.
Ada je benda nak cerita.
Hahaha.
Perempuan.

Malam hari Jumaat tu akad nikah.
Sebenarnya aku baru tahu nikah malam tu.
Ingatkan nikah esoknya sekali dengan sanding semua.
Alhamdulillah selamat jugak sampai rumah pengantin malam tu.
Tapi seriously memang exhausted sangat!
Muka aku memang nampak sangat penat. Hehehe.

Masa pengantin dah ke depan untuk majlis akad nikah tu.
Tok imam duk membebel apa entah. Aku tak ingat.
Tapi agak lama la sebelum akad nikah tu.
Masa pengantin laki lafaz akad tu, aku tiba-tiba terfikir.
Kalau lah aku jadi pengantin perempuan waktu tu, memang aku dah berdiri in a crowd.
Then aku cakap "Stop thisss!!! Stop thisss event!"
Hahaha.
Sebab apa? Sebab aku dapat rasa aku belum bersedia nak let go everything yang aku
ada sekarang ni untuk jadi isteri orang.
Hohoho.
Tidak. Tidak. Tidak.
Mungkin sebab tu kot kawan aku kawen. Sebab Allah dah bagi dia kekuatan nak let
go everything and accept his husband.
Aku? No. Not yet.
Hati tak bersedia lagi.
Mental masih kebudak-budakan lagi.
So, focus on your study!!!


Gambar ni masa majlis akad nikah. Masa ni memang la semua ade duduk diam-diam. 
Tapi masa pengantin laki nak lafaz akad tu, semua lesap pegi ke depan.
Hahaha.
Tinggal aku dengan dua tiga orang je kawan aku.
Sebab aku takut nak tengok.
Bagi aku, it's a scarry thing!
So, baik aku duduk diam-diam kat situ. 


Muka nampak sangat tak tau nak posing macam mana sebab dah kena
paksa posing dengan bunga.
Hehehe.

Tema wedding kawan aku ni pink & grey.
Aku pinjam baju housemate aku je kot.
Hahaha. Jimat.
Skirt pun sama.
Shawl aje yang aku beli entah zaman bila punya aku tak ingat.
Yang penting hari persandingan tu la first time aku pakai shawl tu kat luar.
Huhuhu.
Bukan apa. Tak berani lagi nak ber'shawl'.
Sebab muka aku nampak bulat. Huhuhu.
Segan pun iye jugak.
Tapi nampaknya aku pakai jugak shawl tu.
Pakai sendiri lagi.
Hahaha.
Sebab sebelum ni pun pakai shawal housmate yang tolong lilitkan.
Aku duduk diam jadi patung kejap.
Hehehe.



Memang hari tu kitaorang plan pakai pink.
Ambik kau.
Semua pink haaa...
Kecuali Atikah. Hahaha.
Tiba-tiba ada warna hijau kat dalam gambar.


Posing sebelah khemah.
Hahaha. Masa ni tengah tunggu turn nak ambil gambar dengan pengantin.
Ambil gambar pun kena beratur. Hahaha.


Haaa...ni la pengantinnya.
Okay. Nampak sangat bulat muka aku dalam gambar ni.
Nerd alert!


Bukan main lagi haa lentok kat sebelah Ainun.
Hahaha!

Wedding ni je lah yang boleh buatkan aku drive ke JB.
Huhuhu.
Selalunya waktu cuti memang susahlah nak dapat permission pergi JB sana.
Alhamdulillah sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama.

OH! lupa nak habaq..
Aku kena interview kot masa majlis hari tu.
Hahaha.
Muka masuk video la nanti. Hehehehe.
Menggigil kot nak kena bagi ucapan kat pengantin.
Tiba-tiba speechless.
Hahaha.

Monday, 24 February 2014

Penipu

Assalamualaikum...

Lama tak update blog.
Kesian blog ni.
Hahaha.
Rasa malas yang melampau nak update blog.
Plus takde cerita kot nak tulis.

Tapi hari ni ada.
Korang tau kan yang pasal kes2 tipu gores dan menang tu?
Dah banyak kali dah keluar paper.
Tadi lepas workshop Rheumatology & Dermatology aku terus rushing pergi Tesco.
Nak beli barang sikit.
Memang dah listkan barang yang nak kena beli.
Kalau tidak memang berjam2 aku kat dalam Tesco tu.

Lepas habis beli semua barang, terus pergi ke kereta.
Dah siap start enjin, aircond. Pintu dah berkunci dah.
Tiba-tiba ada sorang laki cina ni approach.
Takut aku. Dah la diri depan kereta. Nampak sangat tak nak bagi aku jalan.
Nasib baik lah aku ni ada hati nurani lagi..
Kalau tidak mau aku langgar je mamat ni.
Dah lah banyak lagi benda aku nak buat kat bilik tu.
Dia suruh aku turunkan tingkap.
Aku turunkan sikit je.
Muka aku dah kelat dah. Berkerut je dahi.
Habis muscle2 aku kena guna banyak tenaga.
Haihhh..

Cina   : Hello akak. Boleh bukak ini kertas? Tengok akak menang hadiah ke tak.

Korang pena beli tikam tak masa sekolah rendah?
Kalau tak pernah memang aku salute korang!
Hahaha.
Aku masa darjah tiga memang terjebak dengan gejala2 beli tikam ni.
Membazir duit.
Masa tu memang aku tak tau benda tu sama macam judi.
Haram.
Kalau menang pun bukan dapat hadiah grand2 pun. Setakat dapat benda getah yang boleh
baling2 dekat siling tu je la.

Kertas yang cina tu bagi macam kertas tikam tu la.
Aku memang rasa tak sedap hati.
Tapi tangan ni bukak laju je dengan harapan aku tak menang apa2.
Serious.
Boleh aku blah cepat2 dari situ.
Tapi bukak2 je ada gmbar kereta, ipad, entah apa2 lagi kat situ.
Pastu ada tulis RM150,000.
Macam biasa.
Aku tak excited langsung. Lagi berkerut adalah.
Panas je hati ni even aircond tu dah bukak maksimum dah.

Cina tu pulak yang excited.
"Ehh...akak menang la!" Muka seriously fake giler.
Nampak sangat tak reti berlakon.
Ceh! Ingat aku tak tau la korang menipu?
Kaki aku tu dah lama tekan clutch. Gear pun dah masuk.
Tapi entah kenapa aku still duduk situ.
Haihhh..tak paham.

Nak dijadikan cerita lepas dia explain entah apa2 kat aku,
dia suruh aku gi Leisure Mall suruh claim hadiah.
What? Seriously nak suruh aku drive pergi sana?
Aku nak balik lah wehh..!
Aku memang tak paham langsung dia explain apa.
Sebab dalam otak aku cuma satu je yang aku fikir.
Nak balik kolej.
Aku doa banyak2 dalam hati mintak dijauhkan tipu daya manusia ni.
Mulut dah terkumat-kamit kat situ.

Entah kenapa aku ikut kan aje budak cina ni pergi Leisure Mall.
Seriously Farhana!!! Kau buat apa ni???
Macam mana kau boleh biarkan stranger masuk dalam kereta kau??
What were you thinking?
Dalam kereta memang aku tak stop berdoa.
Serious. Macam2 aku fikir.
Macam mana kalau sampai sana je ada orang rompak aku?
Culik aku?
The worst thing.....rape aku??
Ya Allah.......nauzubillah!!!! Aku mohon perlindunganMu Ya Allah..
Aku mampu berdoa je masa tu.
Lepas parking, terus gi tingkat atas.
Kat situ ada perempuan cina tengah tunggu aku.
Dia tunjuk kat aku file2 yang ada gambar2 pemenang2 sebelum ni.
Still aku tak percaya.
Dalam otak aku dah set siap2. Ni semua penipu ni.

Perempuan cina tu pun explain benda yang sama.
Muakk la dengar.
Dia mintak aku sediakan RM3000 on that day jugak!
Dia ingat aku apa?
Gabenor Bank Negara?
Makin geram la aku dengan dieorang ni.
Dah sah2 menipu!
Haihhh...manusia!
Aku dah cakap kat dierang, aku tak nak.
Macam2 alasan aku bagi. Ada kelas la, ada meeting la.
Tapi dierang still tak bagi aku pergi.
Apa masalah korang haa??
Tiba2 ada mamat cina ni datang.
Budak2 dierang la jugak.
Dia sengih kat aku.
Memang aku buat tak tahu je la.
Dengan rambut ala2 KPOP tu, ingat kau handsome?
Ceh!
Dia siap tanya lagi "Akak, saya handsome tak?"
Dah kenapa tanya aku benda mcam tu?
Pergi tengok cermin lah!

Aku cakap kat dierang, aku tak perlukan pun duit ni semua.
Aku student lagi kot. Nak buat apa duit banyak2 macam tu.
Dah tu nak suruh aku sediakn RM3K.
Memang tak laaa kan...
Harap maaf.
Pergi cari orang lain la.
Tak pun, stop doing this dirty job and find other job.
Cuci kereta ke?
Hahaha!

Lepas aku cakap tak nak tu, aku terus blah.
Jalan laju2 sampai tempat parking.
Seriously aku takut.
Aku takut ada orang follow aku dari belakang.
Culik aku...haihhh...
Nauzubillah..!!!
Masuk je kereta terus kunci pintu.
Memang on the way ke kolej tu aku istighfar banyak kali.
Ya Allah..terima kasih sebab Kau bagi aku kekuatan Ya Allah...

Lepas ni memang tak laa nak pergi Tesco sorang2.
Tadi pun sebab dah urgent sangat.
Sekarang ni mana2 tempat pun dah tak selamat.
Ya Allah...aku mohon perlindungan Mu dari kekejaman manusia..
Amiinn...

Friday, 17 January 2014

Jack Ryan:Shadow Recruit

Assalamualaikum..

I watched a movie today.
Hehehe... sanggup meredah traffic jam today semata2 nak ke Mid Valley.
Tujuan?
Tengok wayang.
Padahal ada lagi satu exam Isnin ni.
Perasan macam dah bagus sangat.
Paper O&G punyalah susah hari tu.

Movie ni dah lama aku nak tangok.
Since aku tengok dia punya trailer.
Aku suka action movie.
This is one of the best!
For those who love action movie, you guys wont regret after watching it!
Presenting to you...
My hero! (perasan lagi..!)

CHRIS PINE.


Sape yang pena tengok cerita Star Trek yang baru sure kenal kan?
Ouh, this photo aku curik dari google. Ngeh3..
Sila abaikan "i am not obsessed" dalam gambar tu.


Haa...ni poster dia.
Nampak intense kan? I like this poster.
It tells everything.
Tak payah google pun dah dapat agak jalan cerita macam mana.

I would love to write the whole story here.
Tapi nanti bosan pulak.
Sape tak bosan kan baca entry bapak panjang.
Hahahaha..
Dah jadi novel pulak nanti.

So, why dont you guys go and watch it?
Cerita dia tak bosan.
Sebab action movie kan?
Hahaha..
Aku memang tak senang duduk dalam panggung tu.
Kejap sandar, kejap duduk tegak.
Adrenaline rush punya pasal. Hahaha.


This is one of my favourite part!
He was chasing the culprit's son who was trying to set up the bomb
in the tunnel.
Bomb baik punya.



This is the penyangak!
Dia bukan apa tau, dia jadi jahat macam ni sebab dia nak berkhidmat lah untuk his country jugak.
Russia.
Dia nak hancurkan USA sebab selama ni dia rasakan Russia selalu rugi in every way.
So dia nak buat something yang akan bagi benefit to his country like forever.
Aku dah lama perasan, movie mat saleh ni kan kalau buat action movie mesti pasal
diaorang punya country kena serang la, kena itu la kena ini la.
Nampak sangat semua negara lain menyampah dengan USA ni.
Ops. Hahahaha.
Tapi betul apa.

Till then.
Thanks for reading this entry!





Monday, 13 January 2014

Not now.

Assalamualaikum..

Lama dah tak bukak blog nie.
Bukan malas tapi takda masa daah..
Orang lain sibuk post dekat FB dah habis exam aku ni baru je exam minggu ni.
Adehh..
Takpe!

Semalam paper Surgery.
Aku tak tahu la nak cakap macam mana.
Tak susah giler. Tak jugak senang. Tapi banyak yang aku confuse. Rasa macam nak tulis je semua
diagnosis dekat satu page tu.
Hahahaha.
Ramai jugak yang duk tanya Miss N itu ini.
Sampai Miss Nani irritated jadinya dengan kita orang.
Hehehe.. Sorry miss N.
Culture shock kejap tengok soalan pelik yang keluar.
Miss N cakap soalan2 tu semua direct. Takde yang berbelit2.
Takpe. Sekarang focus untuk paper O&G pulak.

Sepanjang minggu study week dekat rumah ni, ibu jadi pelik pulak.
Bukan apa, ibu macam bagi hint suruh aku cari suami.
Erkk...?
Seriously ibu? Tak pernah terfikir kot.
Hahahaha.
Athirah duk tanya kenapa ibu selalu tanya aku macam tu?
Ibu cakap that she's almost 50 now and mestilah nak ada menantu.
Kawan2 batch ibu dulu dah ada cucu dah.
Disebabkan aku anak sulung, memang aku lah yang kena dekat situ.

Anything happened kat aku sepanjang dekat HUKM ni aku tak pernah cerita.
Mcam takde life pulak duduk sini padahal banyak je cerita.
Hahahaha.
Tak pernah cerita aku ade crush ke takde ke.
Hahah..Mcam hidup aku dekat sini study je memanjang.

Marriage ni something yang sangat complicated. At least for me laa..
Nak kne masak, kemas rumah.
Bab kemas rumah tu memang aku suka la. Pantang aku nampak bersepah.
Tapi kalau memasak tu aku rasa baik aku kawen dengan tukang masak je la kot.
Hahahaha.
Aku tahu makan je, masak tak reti. Sorry!

Ada orang cakap, kalau dah ada suami ni nak stay up malam study ada orang temankan.
Hohoho...
Not for me.
Mungkin bukan sekarang. Mungkin the next 3 years nanti ke.
Diri ini tak bersedia lagi nak bagi stranger invade dalam hidup.
Takpun tunggu aku jadi specialist.
HAHAHA.
Memang sampai ke tua la hidup sorang.



Meremang weyh bulu roma tulis entry ni.