Assalamualaikum...
Lama tak update blog.
Kesian blog ni.
Hahaha.
Rasa malas yang melampau nak update blog.
Plus takde cerita kot nak tulis.
Tapi hari ni ada.
Korang tau kan yang pasal kes2 tipu gores dan menang tu?
Dah banyak kali dah keluar paper.
Tadi lepas workshop Rheumatology & Dermatology aku terus rushing pergi Tesco.
Nak beli barang sikit.
Memang dah listkan barang yang nak kena beli.
Kalau tidak memang berjam2 aku kat dalam Tesco tu.
Lepas habis beli semua barang, terus pergi ke kereta.
Dah siap start enjin, aircond. Pintu dah berkunci dah.
Tiba-tiba ada sorang laki cina ni approach.
Takut aku. Dah la diri depan kereta. Nampak sangat tak nak bagi aku jalan.
Nasib baik lah aku ni ada hati nurani lagi..
Kalau tidak mau aku langgar je mamat ni.
Dah lah banyak lagi benda aku nak buat kat bilik tu.
Dia suruh aku turunkan tingkap.
Aku turunkan sikit je.
Muka aku dah kelat dah. Berkerut je dahi.
Habis muscle2 aku kena guna banyak tenaga.
Haihhh..
Cina : Hello akak. Boleh bukak ini kertas? Tengok akak menang hadiah ke tak.
Korang pena beli tikam tak masa sekolah rendah?
Kalau tak pernah memang aku salute korang!
Hahaha.
Aku masa darjah tiga memang terjebak dengan gejala2 beli tikam ni.
Membazir duit.
Masa tu memang aku tak tau benda tu sama macam judi.
Haram.
Kalau menang pun bukan dapat hadiah grand2 pun. Setakat dapat benda getah yang boleh
baling2 dekat siling tu je la.
Kertas yang cina tu bagi macam kertas tikam tu la.
Aku memang rasa tak sedap hati.
Tapi tangan ni bukak laju je dengan harapan aku tak menang apa2.
Serious.
Boleh aku blah cepat2 dari situ.
Tapi bukak2 je ada gmbar kereta, ipad, entah apa2 lagi kat situ.
Pastu ada tulis RM150,000.
Macam biasa.
Aku tak excited langsung. Lagi berkerut adalah.
Panas je hati ni even aircond tu dah bukak maksimum dah.
Cina tu pulak yang excited.
"Ehh...akak menang la!" Muka seriously fake giler.
Nampak sangat tak reti berlakon.
Ceh! Ingat aku tak tau la korang menipu?
Kaki aku tu dah lama tekan clutch. Gear pun dah masuk.
Tapi entah kenapa aku still duduk situ.
Haihhh..tak paham.
Nak dijadikan cerita lepas dia explain entah apa2 kat aku,
dia suruh aku gi Leisure Mall suruh claim hadiah.
What? Seriously nak suruh aku drive pergi sana?
Aku nak balik lah wehh..!
Aku memang tak paham langsung dia explain apa.
Sebab dalam otak aku cuma satu je yang aku fikir.
Nak balik kolej.
Aku doa banyak2 dalam hati mintak dijauhkan tipu daya manusia ni.
Mulut dah terkumat-kamit kat situ.
Entah kenapa aku ikut kan aje budak cina ni pergi Leisure Mall.
Seriously Farhana!!! Kau buat apa ni???
Macam mana kau boleh biarkan stranger masuk dalam kereta kau??
What were you thinking?
Dalam kereta memang aku tak stop berdoa.
Serious. Macam2 aku fikir.
Macam mana kalau sampai sana je ada orang rompak aku?
Culik aku?
The worst thing.....rape aku??
Ya Allah.......nauzubillah!!!! Aku mohon perlindunganMu Ya Allah..
Aku mampu berdoa je masa tu.
Lepas parking, terus gi tingkat atas.
Kat situ ada perempuan cina tengah tunggu aku.
Dia tunjuk kat aku file2 yang ada gambar2 pemenang2 sebelum ni.
Still aku tak percaya.
Dalam otak aku dah set siap2. Ni semua penipu ni.
Perempuan cina tu pun explain benda yang sama.
Muakk la dengar.
Dia mintak aku sediakan RM3000 on that day jugak!
Dia ingat aku apa?
Gabenor Bank Negara?
Makin geram la aku dengan dieorang ni.
Dah sah2 menipu!
Haihhh...manusia!
Aku dah cakap kat dierang, aku tak nak.
Macam2 alasan aku bagi. Ada kelas la, ada meeting la.
Tapi dierang still tak bagi aku pergi.
Apa masalah korang haa??
Tiba2 ada mamat cina ni datang.
Budak2 dierang la jugak.
Dia sengih kat aku.
Memang aku buat tak tahu je la.
Dengan rambut ala2 KPOP tu, ingat kau handsome?
Ceh!
Dia siap tanya lagi "Akak, saya handsome tak?"
Dah kenapa tanya aku benda mcam tu?
Pergi tengok cermin lah!
Aku cakap kat dierang, aku tak perlukan pun duit ni semua.
Aku student lagi kot. Nak buat apa duit banyak2 macam tu.
Dah tu nak suruh aku sediakn RM3K.
Memang tak laaa kan...
Harap maaf.
Pergi cari orang lain la.
Tak pun, stop doing this dirty job and find other job.
Cuci kereta ke?
Hahaha!
Lepas aku cakap tak nak tu, aku terus blah.
Jalan laju2 sampai tempat parking.
Seriously aku takut.
Aku takut ada orang follow aku dari belakang.
Culik aku...haihhh...
Nauzubillah..!!!
Masuk je kereta terus kunci pintu.
Memang on the way ke kolej tu aku istighfar banyak kali.
Ya Allah..terima kasih sebab Kau bagi aku kekuatan Ya Allah...
Lepas ni memang tak laa nak pergi Tesco sorang2.
Tadi pun sebab dah urgent sangat.
Sekarang ni mana2 tempat pun dah tak selamat.
Ya Allah...aku mohon perlindungan Mu dari kekejaman manusia..
Amiinn...
Dah tau dah. Laa yeke. Mmg scary! Fana lainkali nak pergi biar berteman, Bahaya tau!
ReplyDeleteBaik intan. Hehe.
ReplyDeletefanaaa!! jgn buat kerja giler lagi okay,,seriouslyy bahaya tau x?? how come bg dia masuk kerete,,seriously fana,,that one bahaya gilerrr..
ReplyDeletemacam kena pukau kot sara.
Deletebaik sangat bagi budak tu masuk.
haihh..