total pages view~

Friday, 18 October 2013

Aidiladha ^_^

Assalamualaikum..

Rasanya tak terlalu lambat kot nak ucapkan Salam Aidiladha.
Maaf zahir & batin..

Kali ni aku beraya dekat KL. Tak balik Muar pun.
Sebab?
Department O&G tak bagi cuti lebih2. Cukuplah sehari tu cuti.
Hahaha..
Sadis jugak sebenarnya bila dapat tahu department tak bagi cuti macam department Surgery,
Internal Medicine dengan JKM.
Tapi, at the same time aku rasa macam special sikit.
Sebab tak semua boleh terima kenyataan tak boleh beraya dekat kampung.
Hehehe.
Alhamdulillah sebab aku tak meroyan kat Cheras ni.
Mungkin sebab aku bukan jenis yang nak beraya sakan.
Mungkin sebab aku tahu kalau time raya je kena jumpa sepupu sepapat sana which i don't really enjoy it.
Itulah masalahnya.
Aku tak suka berada dekat tempat-tempat yang ramai orang. Lagi-lagi kalau orang kenal aku.
Janganlah...

So?
Pengalaman beraya dekat kolej tercinta ni?
Boleh tahan la even takde ketupat , rendang dengan sayur lodeh di pagi raya.
Takpe!
Aku tak kisah benda tu semua as long as tak beraya dekat wad merah..
Hehehehe..

Pagi-pagi tu dalam pukul 8am, kami ke Surau Al-Mustaqimah.
Hurm...frankly speaking ni first time aku solat Aidiladha..selalunya solat Aidilfirti je bila dekat kampung.
Sebab?
Takkk tahuu lerr..
So, for sure la aku excited nak gi solat ni kan.
Pagi tu memang aku tak plan nak pakai baju kurung pun.
Aku pakai blaus dengan skirt labuh.
Hahah..sengaja cari pasal la tu.
Warna hitam pulak tu. Nasib baik tudung warne pink..

Pagi tu masa on the way ke surau, Liza tanya aku "Berkabung ke Fana?"

Hahaha...aku gelak je la..
Tak terasa nak pakai baju kurung hari tu.

On the way ke surau.

Baru aku tahu hari tu macam mana nak solat aidiladha..perghhh..
Dah tua macam ni pun tak tahu lagi..maluuu..!
So, ada hikmah la kan aku beraya dekat Cheras ni.
Kalau aku beraya dekat kampung, belum tentu hati ni tergerak nak ikut solat..
Alhamdulillah..

Lepas solat, ingat nak tengok lembu-lembu kena sembelih dekat kolej,
tapi sampai-sampai je tengok lembu-lembu semua dah tumbang dah.
Adehh..melepas..hahaha
So, after that, cari makan laaa...
Hehehe..

Aku sanggup drive ke KL semata-mata nak cari makan.
At last, makan dekat Chicken Rice Shop dekat Festival City.
Ambik kau..jauh aku drive. Hahaha..

Aku tak berapa nak suka nasi ayam dia sebab tak kena dengan selera aku.
So, aku order Kari Laksa.. Hurm..okay la kot sebab aku memang tak pernah makan kari laksa sebelum ni.
Dalam pukul 1pm tu baru kami gerak balik Cheras.
Babai KL..!

Petang tu entah kenapa terajin pulak nak ke ward.
Ambik kau...
Ramai gila pelawat! Semua berbaju melayu dengan sampin bagai..
Fuhh...boleh tahan jugak ni.
Ada Dr houseman nampak kami dekat ward.
Dia tanya " Kenapa you guys rajin sangat datang ward ni..?"
Kami sengih je la..
Hahaha.
Lepas maghrib baru nampak muka2 students..
Tu memang dah kebiasaan la nampak student malam-malam.

So, lepas ni bila waktu cuti tu jangan datang ward.
Datang labour room je la kot..
Hehehe..

Ni malam raya ni. Shoping dekat Sogo. Haha!

Snap lagi lepas solat. :)

Makan time..! Ok, muka aku sangat pelik.








Saturday, 5 October 2013

Malaysia Book Of Records

Assalamualaikum..

Semalam aku ke UKM Bangi sebab ada Senam Tari 1 Malaysia.
Senam tari ni dia buat 36 jam tanpa henti sempena Malaysia Book Of Record ni la.
Cool kan?
Hehehe.



Senam tari mula 5 oktober. Habis 6 oktober.
From what i know, senam tari ni start around 8.30am yesterday.
Semua kolej hantar wakil.
Termasuklah kolej aku sekarang ni. Kolej Tun Dr Ismail.
Kami ada 120 students yang join and divided into 6 groups.
Each group akan perform on stage for about 30 minutes.
KTDI punya turn started at 1.30am from group A.
Aku punya group B, started at 2.30am sebab in between tu ada group from other college yang akan perform.

Masa mula2 dapat tahu yang kami akan perform around THAT hour, aku rasa macam nak pengsan.
Huhuhu..mengenangkan waktu tidur ku..!
Kami ke UKM Bangi tu pakai kereta kawan.
Sebab kalau naik bas dengan students lain, kena stay sana sampai 8.30am sebab group F perform during that hour.
Tak nak aku menunggu kat sana.
Baik balik. Tidur.

Masa perform tu kena pakai baju yang dia bagi..
Warna biru which aku memang tak suka color biru.
Tapi pakai je la..
Nak seragam katanya.
Memang ada banyak la booth dekat luar dewan tu.
Ada coffee corner. Hahahaha..cool gila!
Free of charge pulak tu.
Tapi aku tak ambil, minum sikit dari kawan punya.
Sebab kalau minum coffee, memang aku kerap ke toilet la..
Sebab increase of micturition.
Hehehehe..
Tak nak aku nanti in the middle of performing tu tiba2 nak ke toilet.

Lepas habis perform, kami kena tandatangan satu buku then ambil sijil.
Lepas tu.
Terus cabut balik kolej. Hehehe..

Dekat foyer DECTAR. From left; Zati, Farah, Me

Medical students yang join senam tari.

Gambar ni snap pukul 4am. Baru sampai kolej. HAHA




On-Call!

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cerita pasal apa.
Sebab sejak start real posting ni memang asyik duduk dalam wad dari pagi sampai ke petang.
Then, malam sampai pukul 10pm.
Tak kisah la ada patient ke tidak dekat bed yang aku kena cover tapi sehari
kalau tak pergi wad rasa macam tak betul.
Hati rasa resah semacam.
Hehehe..

Second week posting dah dapat jadual on-call.
Masa mula2 aku dapat jadual on-call tu rasa berat hati sesangat.
Sebabnya...
#1 : dalam group tu aku takda kawan. (alasan)
#2 : on-call aku ada yang kena hari sabtu. (aiseh..)

Tapi bila dah sekali pergi on-call kat labour room, memang aku nak pergi hari2.
Hahahaha..
Seronok la duduk lama2 dalam labour room tu.
Tengok baby yang fresh. Wangi~~~
Macam-macam ragam la dalam labour room tu.

Tapi setakat ni aku pergi, patient yang aku jaga tu tak banyak kerenah.
Alhamdulillah...
Waktu contractions takde pulak terjerit2 macam dalam drama yang aku selalu tengok tu.
Hahahaa..
Drama la katakan...
Jauh sangat beza dengan realiti.
Laju je baby keluar.

Masa first time aku tengok normal delivery tu, memang sebak gila..!
Sebak bila tengok baby tu keluar senang je.
Patient tu ucap "Allahuakbar..masya Allah.." lepas baby tu keluar.
Ya Allah....rasa nak menangis time tu jugak.
Tapi for sure la kena cover, nanti ada yang kena marah dengan midwife nanti.
Hahaha..
Waktu yang paling aku rasa bahagia sangat bila aku cover bed waktu malam dekat wad.

Aku tengah buat TPR round masa tu dengan kawan2 lain.
TPR round tu kita kena amek patient punya blood pressure, pulse rate dengan temperature.
Bila tiba dekat katil patient yang aku jaga kat labour room tu macam biasa la..
Introduce then tanyalah sihat ke tidak..
Aku memang tak expect yang patient tu akan ingat aku.
Yela..punyalah ramai medical students dalam wad. Tak masuk yang final year punya lagi..
Memang ramai..
Tapi lain pulak jadinya..
Patient tu cakap " Farhana yang teman akak dalam labour room siang tadi kan?"
Aku senyum sampai ke telinga masa tu..
Hahahaha...!!
Suka! Suka! Suka!
Aku cakap " A'ah..saya dengan akak siang tadi. Saya tengok akak bersalin.."
Patient : Akak tak tahu macam mana akak boleh survive dalam labour room tadi.. (senyum)

Bahagia bukan main masa tu.. hehehehe..
Seronok tau bila orang ingat kita.
Perasaan tu jadi lain.
Then next patient pun sama jugak.
Dia ingat aku even aku tak sempat nak teman dia sampai dia bersalin.
Sebab masa tu dah maghrib, aku kena bersiap lagi sebab ada meeting.
Seronok patient tu bercerita macam mana dia bersalin.
Aku pun seronok dengar.
Bahagia lagii...!!!

Lepas ni nak try masuk operation theater pulak la.
Nak tengok cesarean  section.
:)