total pages view~

Wednesday, 28 August 2013

There must be a reason

Assalamualaikum...

Dulu2 masa awal-awal isi borang UPU (kemasukan ke IPTA) ramai tanya kenapa pilih IPTA.
Kenapa tak luar negara?
Memang dah tepu sebenarnya dengan soalan2 macam tu.
Lagi2 masa kat maktab.
Most of my friends pilih nak study abroad.
Well, not for me.
Aku lebih suka stay dekat Malaysia.
It's not that aku homesick ke ape ke.
Tapi aku fikirkan iman aku.
Kuat ke iman nak study dekat sana?
Iman aku takde lah setebal mana.
Memang naik turun selalu.
Kadang2 tu turun..tak naik2.
Ini baru dekat tanah air, kalau dekat tempat orang nanti macam mana.
Sekarang ni duduk KL pun banyak sangan dugaan.
Banyak sangat.
Kadang2 tu takut iman turun.turun.dan terus turun.
Tak ke haru macam tu?

Tapi another reason is that ini semuaaaa urusan Allah.
Ade hikmah aku stay Malaysia study kat PPUKM.
Dan bukan dekat Ireland ke, India ke, Rusia ke.
Supposedly this should be the first reason kan?
Then after that baru iman.
It is related.

Another reason?
Besides my mom who used to study medicine in UKM, there is someone else.
Masa tu dekat maktab ada Hari Kerjaya (something like that).
Representatives from each university (mostly yang pernah study dekat maktab aku)
datang maktab and promoted their universities.
Even universiti luar pun ada.
Masa tu memang tabik spring la dekat senior2 yang tengah study medicine.
Rasa kagum sangat.
Masa aku duduk maktab dulu rasa sangat3 inferior dengan students lain.
Seriously hebat gila.
Aku tak tahu la macam mana aku boleh survive tapi that was the hardest time.
Kalau boleh tak nak ingat pun apa yang aku belajar......pengalaman2 kat maktab dulu.

Masa hari kerjaya tu, takda sorang pun wakil dari UKM (from seniors).
Tercari2 jugak. Takkan la takde langsung senior yang study dekat UKM.
Hampeh. Memang takde.
Aku tak nampak pun banner ke poster ke ape ke dekat dalam dewan tu
yang represent UKM.
Kecewa jugak sebenarnya. Sebab aku memang tak berminat langsung nak study luar negara.

Then, masa sesi forum, ade wakil dari UKM atas stage.
Excited! Seriously excited!
Namanya Dato' Dr Lokman Saim.
Aku memang tak kenal. Seriously. Tak kenal.
During that one hour forum, Dr Lokman sempat la jugak promote UKM.
Bertambah excited aku. Hehehe.
Even takde banner, brochure, poster nak promote UKM, aku dah puas hati.
As long as ada wakil from UKM. Cukuplah tu.. :)
I could see that tak ramai yang interested dengan UKM at that time. Aku je.

Now, alhamdulillah.....
Alhamdulillah sebab aku sekarang dalam clinical years.
Dalam masa 3 tahun dari sekarang iAllah i'll become one of the doctors graduated from UKM.
Nak malu apa kalau grad dari universiti tempatan. Kan? Kan? Kan?
We should be proud, what!



Wednesday, 21 August 2013

Update!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam ni dapat stay bilik baru!
Hahaha..serius rasa seronok sangat..
Semalam kena stay dalam ward sampai pukul 10pm sebab nak kena clerk patient.
Balik bilik, mandi, solat, terus tidur..
Nasib baik sempat bangun nak sahur..
Adehhh..kepenatan yang amat.
Padahal baru minggu klinik asas.
Belum posting betul lagi.

Hari ni dapat pergi labour room.
Dapat tengok baby yang baru lahir.
Comel!!!!
Memang agak bising sebab ade dua baby yang baru lahir. Confirm2 la menangis kan..
Tapi yang peliknya aku tak rasa irritating.
Selalunya bila dengar budak nangis lagi2 kat kedai makan memang aku rasa irritate sangat2.
Tapi tadi rasa seronok pulak..
Comel je..
Hahahaha..
Kesian dekat SN yang bagi briefing kat depan. Penat dia bercakap, tapi aku leka tengok baby..

Alhamdulillah sepanjang 3 hari masuk ward banyak sangat belajar benda baru.
Senior2 sangat3 membantu dalam ward..
Tolong ajar cara nak buat physical examination, tolong ajar macam mana nak kira itu ini..
Serius baik sangat..
Thanks a a lot!!!

Patients pun sangat3 memahami kami yang baru nak belajar ni..
Memang kekok sangat nak clerk patients.
Sebab selalunya kami clerk SP waktu pre-clinical years..
SP tu maksudnya "simulating patient". SP tu bukan patient betul tapi individu2 yang dilatih untuk berlakon jadi patient..
Kami tahu yang SP tu berlakon, jadi kami pun berlakon la..
Tapi kali nie..bukan lakonan, ni real..adehh..

Aku selalu okay je bila clerk SP, tapi bila dengan patient terus kaku.
Serius rasa berat sangat mulut nak tanya macam2.
Sebab risau patient bosan.. Dia orang kat sakit.. Mana la nak layan medical students..
Kalau SP tu, memang aku tanya je macam2.

Esok pergi klinik pulak..
Tengok macam mana Dr clerk patients kat klinik.. :)
Yeah!


Friday, 16 August 2013

Bilik Baru. Dunia Baru.

Assalamualaikum...

Rasanya memang dah lama sangat tak update blog.
Takde bende nak diceritakan..hehehe.
How was my raya?
Well, alhamdulillah plan gila menjadi..
Kami sekeluarga raya masa 1 Syawal tu je.
Raya kedua sampai keempat "beraya" dekat Port Dickson!
Hehehe..
Beraya dengan pantai, laut baagai..
Even tak lama sampai seminggu tapi alhamdulillah sangat3 sebab dapat spent holidays dengan family dekat sana..
Lama tu tak melancong dengan family. Rindu kot!

Okay.
Cukup-cukuplah pasal raya.. (raya ke??)
Sekarang ni aku dah ade dekat dalam bilik baru.
Hehehe..
Alhamdulillah dah check-in bilik dekat PPUKM.
Alhamdulillah dapat serumah dengan Zati, Ke'ah dengan Farah..
Rumah kami dekat tingkat 4 nun..
Serious penat gila naik turun tangga dengan beg yang bertimbun2.
Seriously aku pun tak tahu apa yang aku bawak.
Macam nak pindah rumah.

Ayah dengan aku bertolak dari rumah pukul 5 pagi..
Sedih tu nak tinggalkan rumah.
Adik2 tak bangun lagi.
Memang nak menangis masa tu tapi nangis dalam hati je la..
Nangis betul2 susah pulak nanti.

So far bilik baru ni okay..
Alhamdulillah sebab cukup la keperluan.
Elektrik. Air. Semua cukup walaupun bilik baru ni tak sebesar bilik masa kat KTSN dulu..
Aish..rindu pulak bilik lama..
Takpe! Lama2 nanti aku boleh la kot adapt dengan suasana bilik baru nie..

Bilik baru! 
Okay..
Bilik baru for sure la belajar benda baru kan.
Aku dapat posting Obstetric and Gynaecology (OnG).
Kecut perut aku bila tengok OnG.
Memang la cita2 nak jadi pakar OnG tapi bila dapat posting ni rasa takut pulak.
Huwaa.... cuak kot.
iAllah...Allah akan permudahkan perjalanan aku sebagai pelajar perubatan tahun 3.
Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.