Assalamualaikum...
"Tak cukup dengan yang lama, tambah lagi yang baru"
Memang tu yang terdetik bila nampak tut tut tut kucing depan bilik.
Jangan cakap la pasal bau..
Kat KL nie memang agak susah nak hirup udara yang betul-betul fresh
tambah lagi dengan bau yang sangat 'harum' sampai rasa nak muntah.
Bila nampak tut tut tut tu hanya mampu berharap makcik cleaner tolong bersihkan.
Usaha sendiri? Setakat ni belum lagi. Tak de kekuatan nak angkut tut tut tut kucing tu..
Alasan ke? Entah...
Kalau nak ikutkan memang aku tak suka dengan suku kaum kucing nie.
(bukan Kuching, Sawarak tu ye..)
Dulu pernah la ayah bawak balik seekor kucing.
Comel!
Tapi bila dah besar, tak kenang budi betul punye kucing.
Dengan rasa tak bersalahnya, pergi buang tut tut tut kat atas katil aku!
What!
Habis busuk satu bilik.
Huwaaa.........!!
Atas cadar favourite aku pulak tu..! Dua tiga kali aku basuh cadar tu..
Hasilnye? Dah tak lawa dah...kaler tak cantik macam dulu.
Since that day, memang aku anti-kucing!
Macam-macam dah makhluk Allah nie buat hal dengan aku..
Kat hostel dulu masa form4.. dah la takda kawan sangat masa tu (budak baru..hehe)
Masing-masing pun macam segan-segan nak tegur.
Aku nak sarapan dulu sebelum gi kelas. Letak beg dekat atas kerusi.
Masa dah ambil makanan tu, aku perasan kenapa beg aku basah? Banyak pulak tu..
Masa tu memang tak expect yang tu tit tit tit kucing.
Aku pun sentuh kat tempat basah tu..then, of course la aku bau..nak tahu air apa.
Pegh!!! Nak menangis aku masa tu.
Dah la awal pagi. Macam mana nak survive sampai tengah hari ni dengan beg bau hancing?
Nak balek hostel kejap tak boleh sebab dah berkunci.
Masa form5, baru balik dari prep malam memang terus masuk bilik...
Bukak je pintu loker aku nampak seekor kucing.
Anak kucing. Menyirap betul masa tu!
Macam mana boleh ade dalam loker?
Aku terus campak kucing tu. (Ehsan dalam diri masih kurang, sekarang pun..)
Kes lain masa tengah tidur.
Tengah nyenyak tidur nie, tiba-tiba ade 'benda' jatuh atas kepala aku.
Terus tersedar. Kucing!
Huwargh..memang aku benci kucing nie!
Masa first year ade buat program dekat rumah kebajikan nie.
Mostly budak-budak yang stay sana.
Aku masuk salah-satu hostel dieorang, nampak kucing.
Memang aku buat tak tahu la.
Then ade seorang budak perempuan ni angkat kucing tu..
Dia tanya "Akak suka kucing?"
Aku geleng. Laju je. hehehe.
"Eh, mana boleh tak suka kucing. Rasulullah pun suka kucing."
Okay! Terdiam kejap. Budak yang umur setahun jagung tu pun boleh cakap macam tu.
Entah la..memang la aku tahu kucing tu pun makhluk Allah jugak.
Tapi apa yang aku boleh buat kalau perasaan benci tu dah menebal? (cewaah)
Kucing...kucing..
|
ingat comel sangat ke buat muka macam tu? |